Saturday, October 26, 2013

Mann - Hati

Sekitar tahun 1997 - 1999 menyaksikan sebuah filem pecah panggung mengisarkan sebuah Cinta Perkapalan, Rose dan Jack (Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio) di sebuah kapal bernama Titanic. Mengangkat genre Epic dan Romance menjadikan filem ini hampir ditonton segenap masyarakat. Tarikan filem ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Tengok berulang kali pun, masih menitiskan air mata. Okay lupakan.

Dan pada tahun 1999, sekali lagi sebuah cerita lebih kurang Cinta Perkapalan juga dibawakan kepada peminat Bollywood. Lagi pula ketika itu, Musim Hindustan tak dapat dinafikan sedang melanda sekitar Asia Tenggara.

Cerita yang dimaksudkan adalah Mann yang bermaksud hati. Cerita ini juga pada awal babaknya, Dev karan Singh (Aamir Khan), seorang kasanova yang sedang dibelenggu hutang bersetuju untuk menikahi Anita (Deepti Bhatnagar), anak perempuan Singhania (Dalip Tahil), seorang usahawan berjaya.

Priya (Manisha Koirala) dan Dev bertemu dalam sebuah kapal. Di situ, mereka mula berkenalan. Dev merupakan seorang lelaki yang suka bermain kata-kata dengan mana-mana wanita yang ingin dipikatnya. Setelah bertemu Priya, mereka jatuh hati.

Tempoh akhir pelayaran tersebut, mereka telah berjanji bahawa mereka akan bertemu semula selepas 6 bulan di tempat yang telah dijanjikan.

Di dalam tempoh itulah pelbagai peristiwa berlaku.

***

"6 bulan mendatang, apakah yang akan berlaku pada hati?"

Aku mula berkata-kata pada diri sendiri-- apa yang akan berlaku kepada hati aku sendiri pada enam bulan yang mendatang. Ditinggalkan lagi atau disambut untuk kekal dijaga sama. Jelas bahawa sekarang masih tiada jawapan yang boleh aku ramalkan. Tiba-tiba aku rasa macam sayu sendiri mengenangkan apa yang telah terjadi dan bakal terjadi. What's gonna happen next in my life?

Adakah akan belayarnya pergi?

Yours truly,
Blue x

1 comment:

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"