Menjadi tanda tanya 3 semester ini siapa N? Najwa Latif? Nelydia Senrose? Nabila Huda? Nasha Aziz? Nurul Nazar Nadia?
Okay semua salah. Tak ada kena mengena pun dengan artis. Dia macam perasan jugaklah. Actually, sorry dia orang lain. Kali ni bukan N yang sama macam setahun yang lepas atau 2 semester yang lalu tu. Ni orang lain. Lantaran berkatanya aku,
Matikan rasa.
Saat ini perkataan itu sering melintasi fikiran aku. Aku berasa celaru dan keliru. Macam mana aku nak matikan rasa sedangkan perasaan itu terlalu membuak dan terus berkembang pesat. Manakan nak bertahan? Tapi aku tetap perlu mematikan rasa. Teguh dengan perkataan,
Bukan untuk aku.
Itu juga yang turut menyesakkan trafik pemikiran aku. Namun siapa sebenarnya dia yang aku maksudkan? Siapa dia? Sebenarnya dia adalah seseorang yang masih aku nak kenal siapa diri dia, bagaimana hati dia untuk aku. Dia yang masih terlalu awal untuk aku bicarakan.
Dari persoalan yang ditanyakan, aku sengaja mencerminkan masa lalu kau. Entah kau sedar atau tidak mengenai itu. Aku sedang cuba biarkan kau memahaminya. Lantas aku membuat catatan aku sendiri.
Catatan Tentera Hati.
Kau bercita menjadi seorang tentera. Kau tak kisah samada tentera darat, laut atau udara. Asalkan ianya tentera. Kau mencatat dan aku membacanya. Kau meluahkan dan aku menelitinya. Aku tak perasan saat mula mengapa kau terlampau teruja untuk menonton sebuah filem peperangan yang bagi aku membosankan pada malam itu. Dan setelah saat itu, kini aku tahu jawapannya mengapa. Aku terimbau saat-saat itu kembali. Kau begitu memberi perhatian dan mengulas isi kandungan cerita tersebut. Aku tak menyangkalnya lagi. Di suatu masa yang lalu, kau kelihatan teruja di saat menyarungkan sut biru itu. Sut biru yang ramai remaja lepasan peperiksaan besar igaukan. Dalam penulisanmu, disebutkan jua keberadaanmu di sana bagaimana sebagai kehidupan sivik dan hidup 'tentera muda'. Aku memohon maaf kerana aku menembak kepercayaan kau menulis mengenai ini.
Catatan Menaip dan Menulis.
Kau pernah berkata di dalam penulisan kau dulu, seawal kau cuba menaip, kau lebih suka menulis daripada menaip. Itulah seawalnya yang tertera. Namun, setelah sekian lama kau mengatakannya di sana, menaip lebih kau suka daripada menulis. Dan pada saat catatan aku dimuat naikkan, kau memilih kedua-duanya. Kau kata yang kau suka menulis dan menaip. Aku memerhati setiap penulisan yang cuba kau sampaikan. Dua bahasa kau ketengahkan. Juga kau lakukan dua catatan di mana satu masih berjalan dan satu lagi masih terhenti dalam adiwiranya. Secara telus kau berkata tanpa selindung semasa menaip di dalam setiap penulisan yang kau paparkan. Dan aku memohon maaf. Maaf kerana aku mematahkan pena engkau dengan memprasasti mengenai kau dekt sini.
Catatan Buaya Darat.
Aku menulisnya dengan cara terbatas. Aku menulisnya juga kerana banyak sebab serta aku menulisnya melalui penulisan kau dulu-- dicatatkan pada Senyuman Terakhir. Aku tidak ingin melihat dari sisi negatif sesiapa dan aku tidak ingin juga menyatakan apa-apa di dalam mana-mana catatan kau. Sekali lagi aku membataskan isu ini kerana ia sangat berkait rapat dengan soal hidup aku mahupun masa lampau kau. Ringkasnya aku tak suka isu Buaya Darat berlaku sedangkan hakikat yang aku terima adalah di depan mata aku. Maaf aku menggigit masa lampau kau dengan mengisukan cerita ini. Maaf.
Catatan Penipuan.
Aku hanya mencerminkan diri aku pada hakikatnya. Aku tak berani berkata dan aku hipokrit pada diri sendiri. Kau sendiri yang kata jangan menipu diri sendiri dalam kita berbalas soal. Aku menipu dan aku tak jujur. Aku tak mahu kebenaran itu. Dan melalui soalan tersebut, aku tahu kau menanyakan soalan tersebut kerana orang lain yang lebih dekat dengan kau dan aku memberi jawapan terpesong dari apa yang kau minta. Aku lebih membawa ke dalam penceritaan dan tafsiran aku. Mungkin kau kata, setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing. Ya, aku juga tetapi kali ini bukan masa untuk aku jelaskan sesuatu yang tidak berkenaan sebenarnya di dalam soalan kau tanyakan. Aku mintak maaf dekat kau sebab aku menipu. Menipu diri sendiri dan tak berkata sebenarnya aku...
Catatan Jarak.
Kau takut jarak boleh memisahkan kau dengannya. Kau takut akan kehilangannya. Kau fikir macam-macam. Dan aku menzahirnya melalui cerita aku. Maaf kerana aku tak seharusnya memetik kata-kata kau. Tujunya kau pada yang lain tetapi aku yang tersalah memetik kata. Maaf kerana jarak ini aku mampu berkata bertinta tetapi bersemuka tidak nanti.
Catatan Mann.
Aku cuba bertahan dari terlepas segalanya dalam entri itu. Kerana kau fikirlah sendiri mengapa semua aku ungkapkan di akhir entri itu. Jika kau bijak meneka kau akan tahu kenapa. Dan aku cuba tidak membayangkannya. Kerana aku takut. Takut untuk berhadapan dengan 6 bulan mendatang itu. Maafkan aku. Jauh dalam hati aku-- bersalah. Bersalah membiarkan kau bertambah runsing dan bengang.
Catatan Panas Baran.
Melalui detik ini menyukarkan sama ada perlu hapus atau elak. Sifat dan sikap yang ada aku cuba ketengahkan menjadi isu. Susahnya untuk berhadapan dengan panas baran sebab aku pun pernah hadapinya. Aku berfikir kenapa perlu ada sikap itu? Aku juga melihat penulisanmu yang menyatakan salah satu sikap kau adalah panas baran. Juga, kau turut berkongsi di dalam September 26, 2011. Maaf kerana aku menelitinya. Maaf kerana aku mahu mengambil tahunya. Pasti kau tidak akan pernah suka dengan semua ni. Sehingga sikap kau pun aku nyatakannya di sini. Maafkan aku kerana kau pasti akan panas dengan aku dan bertindak baran selepas ini. Maafkan aku.
Sesungguhnya aku mencatat beberapa entri yang lepas adalah hasil dorongan kau. Mungkin sepanjang Oktober ini? Bermacam cara aku cuba mengenal kau. Maaf kerana aku bersikap keterlampauan batas aku. Mesti kau tak suka. Aku cuba untuk berhenti. Berhenti untuk bermimpi. Kenapalah aku kenal kau. Kau dengan kehidupan kau, aku datang mengacau bilaukannya. Kau dengan pelayaran M kau, aku cuba datang membadaikannya. Aku sengaja mempermainkan nama M. Bodohnya aku mempermainkannya. Aku tiada hak ke atas semua yang mejadi hak kau dan hidup kau. Sepatutnya aku tak lakukannya. Biarkan kau dan jangan pernah mampir dalam ceritera kau. Dan ini adalah catatan terakhir aku mengenai kau.
Aku cuba untuk membenci kau sebagaimana pernah aku cuba lakukan. Seperti pernah aku katakan dulu "Ini adalah kata-kata terakhir aku. Status terakhir aku. Dan aku berhenti untuk mengatakan mengenai engkau." Agar aku dapat melupakan kau. Lesapkan kau dari fikiran aku. Aku nak terus membenci kau tanpa sebab. Buang kau dalam pusat pelupusan pemikiran agar kau luput sampai akhirnya. Maaf kerana aku ego, beraninya hanya di sini. Aku mahu kau membenci aku. Aku sengaja himpunkan segalanya di sini agar kau turut menyingkir dan memulau aku. Pulaukan aku sebagaimana pernah aku merasakannya atau juga pernah kau rasakan suatu ketika dahulu. Aku tak tahu samada kau akan berkata tak bagus pulau memulau ini atau apa je lah. Itu semua bakal kau lakukan. Biarlah apa kau nak kata tentang aku nanti kerana aku cuba untuk buang igau ini. Aku cuba lupa, benci dan sudah kesekian kalinya aku berkata ungkapan ini. Maafkan aku berbuat begini.
Aku cuba untuk membenci kau sebagaimana pernah aku cuba lakukan. Seperti pernah aku katakan dulu "Ini adalah kata-kata terakhir aku. Status terakhir aku. Dan aku berhenti untuk mengatakan mengenai engkau." Agar aku dapat melupakan kau. Lesapkan kau dari fikiran aku. Aku nak terus membenci kau tanpa sebab. Buang kau dalam pusat pelupusan pemikiran agar kau luput sampai akhirnya. Maaf kerana aku ego, beraninya hanya di sini. Aku mahu kau membenci aku. Aku sengaja himpunkan segalanya di sini agar kau turut menyingkir dan memulau aku. Pulaukan aku sebagaimana pernah aku merasakannya atau juga pernah kau rasakan suatu ketika dahulu. Aku tak tahu samada kau akan berkata tak bagus pulau memulau ini atau apa je lah. Itu semua bakal kau lakukan. Biarlah apa kau nak kata tentang aku nanti kerana aku cuba untuk buang igau ini. Aku cuba lupa, benci dan sudah kesekian kalinya aku berkata ungkapan ini. Maafkan aku berbuat begini.
Jangan percayakan aku kerana aku tidak pernah mempercayai kau dan aku tak pernah jujur dalam setiap ungkapan aku. Kau takkan menyukakannya.
"Aku mahukan yang percayakan aku dan jujur terhadap aku." - catatanmu pada 06032011
I remember back then, you asked me with stupid question,
"Siapa N tu?"
Guess what? Should I tell you that N is you. Yes, you bitch. You. Can't you guess it? Oh atau kau memang dah buta. Mana nak nampak aku.
"Entahlah. Kau tak kenal dia," jawab aku.
Inilah sejarah terbaru aku dan biarlah menjadi tanda tanya terbesar dalam hidup aku sampai bila-bila.
Sekian.
Yours truly,
Blue x
Yours truly,
Blue x
No comments:
Post a Comment
jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.
"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"