Saturday, November 02, 2013

Day 2 - Think

Biarlah aku memulakan ceritera ini dengan selepas catatan Day 1 - Movement.

Tepat sahaja jam menunjukkan 1130 malam selepas aku menekan butang PUBLISH untuk catatan Day 1 - Movement, terlihat aku pada satu email masuk dekat notification box. Perasaan aku seakan tak dapat menerima segala apa yang aku nampak kali ini. Fuck, no.

"Aku tak berguna." Itulah ungkapan pertama aku.

Aku membawa lara dalam sepanjang penghidupan ini di peluang ketiga. Sesal aku tak berguna lagi.
Bingkas berdiri aku di hari kedua ini dan berfikir. Berfikir sedalam mungkin sehinggakan demam, selsema dan batuk yang aku kira menjadi kombinasi hebat-- di tambah lagi dengan migraine. Cool isn't it?

Walaupun demikian, aku tetap berfikir masa depan yang bakal bermula sebentar sahaja lagi. Tiada guna lagi aku menyesal. Aku perlu bangun bukan biar rebah menyembah bumi. Jangan biarkan aku terus menyentuh rumput dengan dahi. Aku perlu menyentuh permaidani hijau ini dengan kaki aku sendiri. Sedangkan bayi bertatih, bangun semula gigih bertatih tanpa rasa jemu. Apakan aku? Buanglah rasa gundah gulana.

Aku berfikir sepanjang hari. Aku perlu bangkit. Menyuntik hati yang makin kebah. Merancang sebuah perjalanan baru yang lebih teratur dalam menggapai satu per satu visi.

"Kejayaan setimpal dengan usaha." Petikan khutbah Jumaat.

Ya, aku perlu ingat itu.

"Kegagalan itu merupakan titik permulaan bagi sesebuah kejayaan." Petikan tweet Hadi.

Kini, aku berfikir. Berfikir sedalam mungkin hingga ke dasarnya. Perancangan dalam percaturan terbaru ini. Aku perlu! Semalam menyaksikan aku memilih untuk bergerak melangkah ke hadapan. Dan inilah masanya. Aku akan merancang sehabis mungkin. Biarkan semuanya berjalan. Aku hanya mampu merancang tetapi Allah telah menetapkannya.

"Saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh. Tak salahkan kita berusaha mahukan yang lebih baik untuk hidup kita?" Petikan dialog Iqmal dalam filem Syurga Cinta di TV2 hari ini.

Perlu berani dalam kehidupan baru.

"Kosong - Najwa Latif" playlist selesai sahaja memutarkannya.



Yours truly,
Blue x

No comments:

Post a Comment

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"