Wednesday, December 31, 2014

Muka Surat Terakhir 2014

muka surat terakhir ini
sangat pedih untuk diingati
teramat perit sekali.

tutuplah buku
biarkan kau berlalu
sakitnya mencengkam kalbu.

pergi.
usah kembali.
kau telan segala indah memori.

setiap aku
dalam kamus hidup ini
moga terhapus kelabu
panduankanlah nanti.

Terbanglah Mimpi

terasa baru semalam
kau datang senyum; kirimkan salam
menghibur hati paling dalam
untuk tidak lagi terpendam

hari ini aku buka mata
rasa seperti tak terdaya
untuk terima segala nyata
kau tidur selamanya

di mana mahu aku dengarkan suara
pada siapa untuk aku hamparkan rasa
kau pergi jauh; tinggalkan dunia
walau aku meronta; takkan kau di depan mata

masih ingat baris ayat pertama
tiap kali aku di gugah hina
kau bisikkan kata membina
untuk hilangkan rasaku yang hiba

terbang yakin sayangku
ikuti arah arus mimpimu
hidup di dalam imaginasimu
dan aku mahu semua itu adamu

segalanya hancur musnah
impian sayapku patah
kau pergi takkan bertoleh arah
yang cuma kau tinggalkan sejarah

takkan tumbuh lagi
hilang takkan berganti
sedarkan aku ini
terbanglah mimpi.


Untuk allahyarham Along Faiz Aiman yang bertemu Ilahi pada 29/12/2014 dihanyutkan bah banjir terburuk dalam sejarah. Damailah Along.

Saturday, December 27, 2014

Sempurna Dua Puluh Mentari

aku tak pernah berasa sempurna dalam setiap masa yang aku mahu dia jadi sempurna.

sekuat mana aku berusaha sekali pun-- takkan pernah tertunaikan. sungguh.

aku berusahalah sekuat mana pun;
takkan pernah tertunaikan. sungguh.

tapi perancangan sendiri aku dalam masa beberapa bulan dan hari ini tak tergugah walaupun ada masa masanya aku jatuh patah hendak mau teruskan.

sempurna,
yup. sempurna semua seperti yang terancang untuk berdamping dengan malam malam terdahulu. walau sukar untuk melunaskan setiap satu persatunya.

hari ini, genap bulan dan hari untuk aku melangkah pergi tinggalkan segala nista yang pernah beraja untuk memiliki.

semoga kelam semalam berkubur.

sempurna dua puluh tujuh disember dua ribu empat belas.

Sunday, December 21, 2014

Semalam

semalam aku terima adu
hati aku mula sudah berpecah pecah
cukup rasa dihenyaknya aku
untuk menaruh asa walau lelah.

aku mau berhenti.

dan semalam,
aku terlihat sendiri
di belakang aku ada kau.

Wednesday, December 17, 2014

Warkah Buat Rusuk Kiri Terakhir

menemui pelengkap rusuk kiri,

bila kau tercipta dari tulang rusuk aku--
aku mau kau sedar bahawa sebagaimana kau dari bahagian aku sekalipun;
kau tetap milik tuhan.

sedalam mana aku mau kau;
atau sebaliknya kau mau aku--
hiduplah dengan bebas cara kau
dan beri aku bebas dalam hidup aku.

bukan aku melepas merpati
tapi aku mau kita fikir sebuka langit--
terbang bebas depang sayap
namun tetap jinak manja.

disetiap payah aku--
jangan kau jadi menangkan kalah aku.
moga kau sendiri bangkit jengah; kuak jendela-- suruh aku tengok cahaya.

aku mau kau tahu,
dan bila kau kenal seluruh aku
yang tak pernah jadi sempurna
dan segenap hina
moga kau kalau rasa aku cukup cela--
langkah pergi-- aku mohon adab kau jaga.

aku tak pernah kisah
sehitam mana ke belakang kau,
sebab aku paling faham
untuk hidup aku sendiri ke belakang.

suri hati,

dengan siapa kau mau damping tawa--
itu untuk nafas kau dari haus
dan bukan kerana aku mau diselempang dayus
tapi cukup sendiri kau fikir apa batas yang ada.

dalam setiap kata aku;
takkan pernah zahir sempurna sepenuhnya.
aku tak termampukan luah setiap mau aku; disebalik-lindung aku.

cukup hanya kau tahu satu--
walau dicampak jauh dalam gelora badai masa berlayar--
aku tetap akukan kau rusuk kiri aku
walau dikhabarkan tidur selamanya.

Sunday, December 07, 2014

Sebuah Drama Bersiri

harini aku terbangun sendiri.
cepat cepat aku lihat kalendar.

ini hari dia!

aku mulakan drama bersiri.

Monday, December 01, 2014

Selamat Pagi Disember

hari ini aku bangkit
sepertinya hari hari kelmarin
aku cuba berdikit dikit
dalam sederhana melupa bikin

mana mungkin aku mahu buang terus
sedang aku pun tidak segagah mana

selamat pagi yang di atas.