Tuesday, January 12, 2016

Skeptical for Homeless

Aku tak pasti samada aku ini dikelaskan dalam kumpulan hidup macam mana. Sebab kita dekat dunia hidup kan berkelas dan berstatus. Jadi aku cuma mahu tahu aku dikategorikan dalam kelompok yang mana. Terlalu banyak drama dan babak tak berkesudahan. I tell you eh, siapa yang nak hidup dia dilahirkan dalam keadaan berkucar-kacir?

It was 10 years ago, bila arwah Mak mula jatuh sakit. Hidup aku dah mula macam tak tentu arah. Macam-macamlah aku buat semata nak kumpul duit menyara kehidupan sendiri. Kadang-kadang sampai terpaksa ikut mak sedara tidur rumah dia. I was at 11 years old masa itu. Dah bekerja.

Tak habis dengan kena cari duit belanja sekolah sendiri, tempat tidur pun merempat ada waktunya dalam seminggu. Bukan apa, terlalu takut untuk tinggal dekat rumah sendiri. Homeless gila rasa. Tapi itulah, kalau aku tak mula lari sana sini, mungkin selepas-selepas ini tak tahu pengalamannya macam mana.

Selepas Mak meninggal, semua bermula. Hidup tunggang-langgang. Kakak dengan abang masing-masing baru mula nak menapak-- bekerja sendiri. Aku yang masih darjah lima masa tu lifeless. Menumpang rumah orang. Malu, tapi nak buat macam mana? Ini sahaja pilihan yang dapat aku buat. Sedih jangan cakaplah. Anak bongsu mana yang masih belum baligh dan paling rapat dengan mak dia, sanggup atau dapat terima dia hilang tempat bergantung. Dengan langsung tidak ada kewujudan seorang Ayah.

Hidup dekat kampung sangat menyakitkan tubuh-- menelan zaman kanak-kanak aku. Ibarat mata aku sudah tidak berkornea menakung lebam menangis hampir setiap malam. Fasa sebelah malam adalah fasa sakit, ngeri, seksa dan meratap pedih.

Bila dapat lari dari sana, beralih ke sebuah tempat baru-- masih lagi rasa sama. Lari lagi. Sampai dah penat.

When I got the official letter, kemasukan pengambilan pelajar baru diploma-- itu adalah satu nikmat yang tak terhingga. Yalah, siapa tak suka? Akhirnya aku dapat melarikan diri jauh daripada kehidupan tak bertamadun hampir 6 tahun jadi homeless.

Enam tahun bukan masa yang sekejap. Macam-macam yang hinggap dekat jasad aku tanpa pernah sedikit pun segan. Keadaan yang tak cukup makan. Keadaan yang duit tak pernah nak cukup. Keadaan yang kena berebut segalanya daripada tempat aku menumpang. Macam gelandangan.

Ramai orang cakap aku tak nampak macam budak gelandangan. Sebabnya aku jenis tak suka menunjuk betapa hitamnya sisi sebalik pandangan mereka. Kawan-kawan yang jenis bukan ambil kisah pasal aku-- yakni suka judge tanpa sebarang usul periksa akan pandang aku penipu. Baju aku selalu nampak rapi. Barang terjaga. Tak pernah nampak aku macam orang susah. Selalu gembira.

Skeptikal pandangan masyarakat untuk orang susah adalah dia tak terurus, muka selekeh, badan kering sampai tulang nak terkeluar daripada kulit, busuk, masam dan apa lagi? Itu stereotype yang dilemparkan masyarakat. Tak pernah nak ambil tahu pasal sebenarnya ada orang susah yang tak suka tunjuk susah. Semua ni tadi selalunya dibuat oleh masyarakat kelas pertengahan. Exactly yes.

"Kau ni tak cukup makan ke?", "Sikitnya kau makan, duit nak simpan buat apa?", "Kau kan kaya?" itu adalah soalan yang selalu aku dapat. Aku tak cakap lebih sebab tak nak bergaduh dengan orang bodoh buta macam ni. Kau nak bandingkan aku yang belanja duit RM10 untuk 7 hari dengan kau yang belanja RM5 hingga RM10 sehari, memang tak dapatlah nak lawan kau. Aku berjimat makan sebab aku tak banyak duit macam kau. 

Please shut the fuck up kalau kau tak tahu masalah kewangan aku. Kau dapat biasiswa, bantuan kewangan, skim miskin apa semua dengan alasan adik beradik banyak walaupun hakikatnya keluarga kau tanggung anak ramai tapi duit cukup nak bagi semua tujuh adik beradik engkau duit belanja RM10 setiap hari. Aku yang berjimat RM1.50 sehari ni pun tak pernah dapat biasiswa ke apa ke. Masih lagi tak judge kau. Aku pun tak tahulah macam mana sistem pemilihan biasiswa tu. Is it fair enough?

Dan satu lagi, perlu ke aku tunjuk dan buktikan pada orang yang baju sekolah aku pakai setiap hari itu merupakan baju yang tak pernah ditukar, ganti atau beli selama tiga tahun? Macam mana aku dapat jaga? Mak tiri aku jenis yang akan membebel untuk aku basuh sendiri baju setiap kali balik sekolah. Berus pakai tangan sendiri. Baju anak-anak dia semua dia yang basuh. Bukan anak-anak dia.

Aku tak cakap yang aku nak dia basuhkan sekali, but aku cuma nak dia ajar anak-anak dia untuk diam dan tutup mulut. Itu je. Dia tak tahu macam mana nak basuh baju & kasut sekolah sendiri-- jangan berlagak mengarah aku buat kerja yang kau tak reti dan pernah buat. Macam ketam mengajar anak dia berjalan lurus. Padahal dia sendiri jalan tak betul. Ibarat macam itulah pepatahnya. Aku tak cepat melatah nak melawan ke apa. Diam dan buat kerja aku. Sebab aku sedar aku menumpang. Aku kan hina.

Berbalik kepada homeless atau gelandangan tadi, masuk sahaja diploma dekat Lendu, aku rasa kehidupan aku aman. Walaupun sedikit terseksa sebab terpaksa bergantung seratus peratus duit PTPTN nak menampung segalanya selama enam bulan. Still aku tak ada rumah yang tetap. Tak ada tempat berteduh yang macam orang lain bila cuti-- tahu ke mana hala tuju nak pergi. Aku? Masih lagi akan terkandas dekat stesen bas untuk fikir samada nak beli tiket balik rumah kakak, abang atau mak tiri.

Aku tak pernah rasa sebuah rumah sendiri. Jadi kawan yang kenal aku semasa diploma anggap aku homeless. Bila duit tak cukup pula hujung-hujung sem, kena cari duit sendiri bekerja. Kawan lain tak faham macam mana perasaan aku terpaksa bekerja sambil belajar. Habis waktu kelas sebelah siang, petang sampai malam dah start kerja dekat cafe. Balik letih kena buat assignment. That's how my life masa diploma. Different with my classmates or batchmate or another person.

Now, dah masuk degree. Alhamdulillah. Tapi duit still tak pernah nak mencukupi. Sebab apa? Taraf hidup dekah Shah Alam jauh berlipat kali ganda tinggi daripada Melaka. Makan satu hari kalau tak sampai RM20, memang tak sah. Dengan macam-macam benda yang perlu buat. Memang tak akan pernah cukup duit. Orang ada mak bapak yang every week push lagi duit walaupun dah ada PTPTN. Tapi aku? Itulah semata-matanya duit yang ada.

Baru-baru ni ada pulak menteri yang 'pandai' suruh student buat dua kerjalah, apalah. Bila student melenting, masyarakat ada yang tak pernah tahu kehidupan student ni macam mana-- tembak muka-muka kami ni balik. Wah katanya student tak berjimat, suka berjoli dan PTPTN tu dah mencukupi. Ah bermacam-macam lagilah skeptikal orang bodoh berlagak pandai ni. Sama je macam menteri yang pandai sangat tu.

Just stop keluarkan statement-statement bodoh korang. Jangan terlalu pandai sangat nak judge kalau tak pernah duduk dekat tempat orang lain. Sama je macam konsep orang yang suka cakap gelandangan ni sebenarnya menyusahkan atau mereka ada pilihan untuk tak jadi gelandangan.

"Pergilah kerja", "Berusahalah!", "Miskin bukan alasan" dan macam-macam lagi.

Hello, orang-orang yang gelandangan ni kadang-kadang bukan sebab tak ada duit atau makanan. Ada je yang jadi homeless sebab skeptikal masyarakat pertengahan macam korang semua ni lah. Sebab sikap masyarakat itu sendiri. Ada yang kena buang keluarga, ada yang kena tindas, ada yang sebab terlalu banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih menyebabkan mereka jadi gelandangan.

Cukuplah. Jangan menindas kami homeless dengan skeptikal-skeptikal bodoh. Kalau datang membantu tak apa, ini memekak. Jangan bersuara kalau tak tahu atau duduk sendiri tempat orang lain. Jangan jadi bodohlah paling senang. Senyap. Bagi aku kita semua manusia sama. Cuma yang membezakan adalah cara kita memberi inspirasi kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"