Friday, June 23, 2017

Ramadhan: Adakah Akan Kembali?

Itu adalah pertanyaan aku saban tahun. Adakah dia akan kembali bertaut seperti selalunya dalam keheningan waktu yang sering kali menyinggah tanpa perlu dipaksa. Mungkinkah dia akan hadir dalam keadaan yang kita masih sempurna atau pun sebaliknya.

Conversation terakhir yang panjang itu membawa kepada sesuatu yang baru dalam hidup aku selepasnya itu. Menghirup udara-udara segar yang cuma aku dapat rasakannya. Tak ada orang lain tahu bagaimana aku dapat menikmati rasa kebahagiaan yang dikecapi itu. Aku tak mahu berpaling lagi dengan rasa penyesalan-- tidak mahu tertanya-tanya dengan persoalan yang tidak terjawab. Yang ada di depan mata itu adalah yang terbaik bagi aku.

Terlalu agung dan terlalu bermakna. Menghirup senyuman yang memaniskan suasana. Terbayangkan keindahan pada masa hadapan. Entahlah apa yang bermain di mata dan yang di hati ini. 

Mungkin hari ini adalah hari terakhir kita bersama dia, dan mungkin kali ini adalah sisa kita merasa bagaimana menghargai bersama dia. Esok belum pasti bagaimana percaturan yang telah tertulis di atas sana. Cuma Tuhan sahaja yang tahu nasib kita. Renung balik-- dah cukup baguskah kita untuk dia. Keberadaan dia itu membawa erti atau cuma satu yang sia-sia.

Aku rindu kau, jauh dalam sudut hati aku. Walau dekat mana kau berada, jaga diri. Bila tibanya sekali lagi di penghujung waktu ini, aku pasti bertanya "Adakah akan kembali?" kau yang pernah berada dalam hidup aku.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk kesemua catatan sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Mungkin ini kali terakhir untuk kita di sini.

Selamat hari raya.

Yours truly,
Blue x

Friday, June 16, 2017

Ramadhan: Imbasan Universiti

The best thing selama beberapa tahun dah membesar dan bebas-- kehidupan di universiti sangat menyeronokkan bila sampai bulan puasa. Saban tahun akan ada cerita yang tersendiri macam mana aku laluinya.

Puasa pertama dekat universiti masa aku di semester 1. Aku excited nak sambut birthday bulan puasa masa tu. Dan gembira mengenal kawan-kawan. Bersila dekat atas tar dan berbuka ramai-ramai. Sewa kereta, pergi bandar Melaka jalan-jalan. Berjalan kaki tengah panas terik nak pergi kelas. Bermacam lagilah benda yang baru nak explore masa tu.

Masuk tahun kedua puasa, masa tu aku accident. Selama sebulan tu proses recover dari luka-luka. Bangun sahur, Alil akan siapkan air suam dalam baldi nak kecutkan luka. Kejutkan Fazirul yang liat nak bangun. Pukul 12 tengahari tiba-tiba bau Maggie Kari, biskut susu Nestle, asap rokok dan lain-lain lagi dekat bilik. Selamba badak Azfar, Own buat muka tak bersalah. Dugaan puasalah katakan.

Pergi bazar berbekalkan RM5, beli apa yang patut dan kongsi dengan yang lain. Siapa beli apa, siapa dapatkan apa. Masa ni Fazirul jenis yang tak berkira. Beli itu ini untuk kitorang makan. Ayam golek kalau dapat beli semua dekat bazar tu, dia akan beli agaknya. Lepas tu... nasib tak membazir sebab akan ada tong sampah berupa manusia yang akan habiskan.

Berbuka puasa dekat pantri kolej ramai-ramai sambil tukar-tukar makanan. Kamal, Botak, Pak Tam, Buff, Orang Tua, Amy dan ramai lagilah masa tu. Semua imbasan wajah yang tergelak buat lawak. Imbasan muka yang tak puasa tapi acah macam puasa. Masak Tom Yam ekspres dalam masa 10 minit sebelum berbuka dan panggil JPK lain makan sekali. Kalau nak senarai masa ni kenangan, memang tak habis.

Menjelang tahun akhir puasa dekat Lendu, which is senior year, banyak masa buat kerja-kerja event Legacy. Jadi tahap fokus puasa bersama orang lain tu berkurang. Maklumlah semua dah jadi senior, asyik busy dengan life masing-masing. Tapi satu benda yang tak boleh lupa adalah berat badan aku naik mendadak sepanjang bulan puasa ni. Muka mengembang dan semua tegur. Kena usik sebab muka dah macam belon.

Mana taknya, siapa tak habis makanan dia, aku boleh habiskan semua 5 orang punya makanan. Macam syaitan tak? Lepastu dah kenyang yang teramat, duduk atas katil dengan tak basuh tangannya lagi, tertidur. Lepastu pukul 10 makan. Pukul 11 makan. Pukul 12 makan. Bangun sahur pukul 3 makan. Sebelum tunggu subuh, setiap jam mulut mengunyah. Sumpah macam sial. Aan, Alfiq, Kecik, Faiez dan semualah yang masa tu terkejut beruk tengok keadaan aku.

Selain daripada itu, bestnya bila makanan yang junior-junior which is I think kawan lebih tepat bawak makanan dari rumah yang mak diorang masak-- aku pelahap jugak. Sebab seorang mak kot yang masak? Mestilah sedap. Mana ada mak yang masak tak sedap. Kan? Aku happy betul kalau diorang bawak makanan dari rumah.

Tahun seterusnya tak berapa menarik. Aku malas nak kenang imbasan yang ni (sebab dah jadi buku, zine dan dah tulis dekat blog dah pasal ni), so tak perlulah ulang lagi.

Dan tahun lepas. Dia tak semeriah seperti zaman diploma. Dia cuma terisi dengan kehadiran kawan-kawan kecil yang memenuhi ruang-ruang sempit hidup aku. Pergi bazar dengan Nad, Aan, Nabilla dan beberapa lagi keadaan serta situasi. Berbuka puasa dengan housemate berlapan. Tak banyak sangat benda sebab masa tu dah nak final week, so kena berhempas pulas buat assignment apa semua.

Walau macam mana pun kisah imbasan sebelum ini, mesti ada suka dan duka sepanjang bulan puasa di universiti. Termasuklah berbuka seorang diri dekat bilik tanpa ada orang peduli sedikit pun. Hargailah setiap masa di bulan puasa dekat universiti tu!


Yours truly,
Blue x

Monday, June 05, 2017

Ramadhan: Jangan

Antara beberapa alasan lain kenapa aku tidak mahu lagi bertemu mana-mana manusia lampau aku adalah kerana aku tak nak melihat diri aku yang sangat daif dan tak berperikemanusiaan tu. Memang kalau boleh diulang sekali lagi masa, memang aku nak betulkan everything about my past. Nak cakap dengan diri aku yang berumur belasan tahun tu, "JANGAN!" dan menjerit perkataan tu sekuat hati sampai aku berasa puas.

Jangan itu, jangan ini dan jangan bermacam jenis jangan. Tapi kalau fikir balik, kalau dapat pergi ke masa lampau tu, aku nak benda tu jadi tapi dengan keadaan aku yang lebih bijak. Pelik kadang-kadang. Maybe sebab sekarang aku dah rasa benda tu patut terjadi sebab benda tulah membentuk aku sampai ke hari ini.

Seperti yang pernah aku nyatakan dalam zine Pelacur terdahulu-- aku teringat sewaktu aku mengendong beg besar berjalan kaki menerusi kawasan taman perumahan menuju ke kampung. Waktu aku masih lagi berumur 11 tahun, beberapa hari selepas Mak dikejarkan ke hospital. Berseorangan hadapi semua benda yang terjadi disebabkan hidup berantakan dan berkucar-kacir. Abang dengan kakak sibuk menguruskan hal yang sepatutnya, maka aku perlu juga bertindak dengan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sendiri. Cari orang yang boleh jaga aku.

Sepanjang perjalanan tersebut, bermacam-macam tohmahan dan pertanyaan aku terima daripada makcik-makcik yang bersidaian dekat luar rumah melepak sambil mengumpat. Dan tak lupa juga budak-budak dari taman permainan yang mulut macam longkang.

"Mana Mak kau?"
"Kenapa lari dari rumah"
"Betul ke rumah kamu berhantu?"
"Mana abang dengan kakak kamu?"

Bermacam lagi soalan. Walhal semua orang dah tahu cerita. Apa yang aku mampu buat ketika itu adalah cuma berdiam dan menahan tangis sendiri. Dalam hati cuma dapat cakap "Jangan, jangan" dan jangan berulang kali sampailah tiba dekat kampung. Sebaik sampai dekat rumah mak saudara, menangis dalam bilik sambil tekup bantal dekat muka.

Bahkan terpaksa melalui beberapa perkara rumit sepanjang bulan puasa tahun 2005 tersebut yang tak boleh ditafsir dalam bentuk kata-kata selama menumpang rumah orang tu. Saat malam-malam dingin tanpa seurat pun benang menyelimuti tubuh. Yang mampu terus terdiam tanpa kata-kata dan penyesalan yang tiada guna.

Jangan buat orang, sebab kita tak tahu macam mana nasib kita masa akan datang. Jangan cakap sembarangan dekat orang kalau kita tak boleh nak membantu dia, jangan cakap apa-apa. Diam. Jangan sampai esok atau lusa, kena batang hidung sendiri, baru nak bentang sejadah menadah tangan menyalahkan takdir apa dosa yang kau rasa kau tak buat.

Jangan cemarkan hidup orang kalau tak nak diri sendiri terhumban tempat yang tidak tahu mana wujudnya di kemudian hari. Jangan merasa enak dengan santapan yang terhidang atas kesakitan dan penyeksaan orang lain. Jangan dah terkena tembakan tepat pada masa pembalasannya, baru nak merayu untuk tak lagi diragut kebahagiaan sebelum.

Bila aku dah gagah untuk kembali ke masa lampau pada tahun 2015 yang lalu sehingga sekarang, banyak benda yang telah berubah dan menyimbah semula pantulan kepada mereka-mereka tadi. Ada yang anak dia kena angkut dengan polis atas kes bergaduh dekat lowyat. Anak mengandung sebelum sempat berkahwin. Bawa lari anak perempuan orang. Dan tak lupa juga yang dibuang daerah disebabkan menjadi pembekal barang terlarang.

Hidup itu adil. Balasan itu akan setimpal, lagi-lagi kalau apa yang orang buat jahat dekat kita masa bulan yang penuh barakah ni. Akan mungkin berganda balasan dia kemudian hari.

Jangan buat orang.

Sunday, June 04, 2017

Ramadhan: Asrama-ra

Sepanjang waktu persekolahan, aku habiskan masa dengan melayan dan menghadap orang-orang yang sekarang tak banyak pun ada dalam kehidupan semasa. What I mean is, semua yang pernah ada sekitar 9 ke 11 tahun lepas, sekarang macam dah tak wujud. Ibarat macam persinggahan sementara mereka waktu itu.

Cuma sekarang bersisa yang masih ada boleh di bilang dengan jari tak sampai 10 orang. Yes, indeed. Beberapa minggu sebaik bermula program internship, aku banyak menyendiri dan bertemu beberapa orang kenalan lama from my past. Semua cakap benda yang sama, "seperti"-- aku menghilang, tak mahu di ganggu, betul-betul tak nak tengok belakang dan bermacam perkara lagi yang menemui satu kesimpulan kecil iaitu aku dah tak nak masa lepas mengikut masa aku sekarang.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah 5 tahun lepas, sebaik aku dapat meloloskan diri dari genggaman yang tidak terjelaskan penglihatan, aku bertekad untuk betul-betul lari dari kehidupan yang bernama sekolah. Well mungkin siapa yang mengikuti aku di blog sejak dari 2010 tahu macam mana aku meluahkan perasaan dekat sini sehingga satu hari penghujung 2011, aku decide untuk mula semula dengan post baru.

Nak "hidup" baru dan semula. Nak lupa mengenai benda atau perkara terakhir yang menyebabkan aku buang semua post dan deactivated Facebook asal. Aku betul-betul kering ah kira masa tu lepas balik dari asrama.

Ya, asrama. Tempat di mana semua benda bermula.

It went well at first. Been recognized by some people who I wanted to know them before. Effort tu penting bagaimana untuk meletakkan aku di hadapan. Ada yang cakap aku beruntung sebab aku selalu bernasib baik bila muncul situasi akhir. Orang kata, "Hero selalu muncul last." Itulah apa yang diorang selalu mentioned about me.

Tahun akhir persekolahan di asrama, pada mulanya cantik. Dan kemudian digaul pula dengan sedikit rencah sebelum sampai ke langkah merasa kecukupan rencah di dalamnya.

Tibalah kepada fasa kedua selepas aku dah masak dengan perangai orang-orang yang cuba mengambil kesempatan atas apa yang aku bermanfaatkan kepada mereka. Aku mula malas peduli dengan apa orang nak buat depan aku ke belakang ke. Title Penolong Ketua Pengawas tu macam dah tak ada guna. I'm focusing on something yang lebih worth it.

Maka, muncullah Kekuatan, yang mana aku pernah bercakap pasal dia dulu pada satu post. Atau lebih tepat terlalu banyak pasal dia sebelum keputusan yang aku nyatakan di atas di buat.

It is not about that, here, in this post. It's about Ramadhan. Di mana ia lain sekali. Yang tergambar dalam cakera padat memori.

Cikgu Maheran memegang rotan dia bila kami tak dapat jawab soalan Kimia. Dia rotan kitorang macam takde belas kasihan tapi dia sertakan gelak puas hati dia.

"Tak dapat jawab ni nak jadi apa? Nak ke jadi bodoh?" Cikgu Maheran tersengih.

Aku tercuit dengan telatah dan adegan tersebut. Bila Shayid, Din, Naufal, Mat Hanif and even me, myself yang kena rotan tu. Macam mana sedaya upaya Cikgu Maheran nak kitorang hafal periodic table of the elements lah apa lah lagi itu dan ini.

Bila masuk kelas Sejarah, aku selalu dapat tidur sepanjang waktu kelas berlangsung sebab jadi anak murid kesayangan Cikgu Haryati. The only reason is, aku selalu score Sejarah. And basically sepanjang bulan puasa kitorang cuma kena jawab soalan dalam buku latihan dan satu buku latihan Sejarah tu aku dah siapkan tanpa perlu tunggu cikgu suruh buat. Naufal tukang copy paste.

Bab pura-pura nak ke tandas lah, pergi bilik guru lah pula semata nak jenguk dan curi pandang Kekuatan dekat kelas dia. Cuma nak pastikan dia ada je. Eh entahlah perangai bodoh aku tu.

Time balik sekolah, dia tak macam hari biasa. Balik tu tak akan ke dewan makan (yes obviously), terus masuk dorm tidur. Bangun petang sikit, buat apa patut dan standby dekat dewan makan untuk bubuh nasi dalam trail untuk semua student. Aku lebih prefer bubuh nasi dari kena bubuh kuih dan buah dalam trail, susun trail dekat meja. Jadi aku ambil job ni which aku lebih prefer. Orang lain tak boleh paksa aku buat benda lain. Well memang semua buat benda yang diorang suka actually.

Untuk setiap perlumbaan dengan semua tukang bubuh nasi "siapa cepat dan lebih tangkas". Nasi berterabur dekat lantai, tangan merah sebab nasi panas baru masak, gelak dengan jenaka bodoh bulan puasa. Dan dengan muka gembira masing-masing (okay seriously aku lupa semua nama kawan-kawan aku yang bubuh nasi tu tapi cuma ingat muka je. Don't judge me because aku dah post dulu kenapa sebabnya). 

Beberapa puluh minit sebelum, kalau macam tak cukup tenaga, kena jugaklah susun nasi dekat meja. But it's okay. Memang aku suka jumpa and letak trail depan muka "musuh-musuh" aku. Buat kerja amal kebajikan bulan puasa.

"Yang meja dekat luar tu akak rasa tak dapat lagi," point akak dewan makan yang aku juga dah lupa nama dia, dekat luar.

Ergh kenapa kena melawat ke area asrama form 4.

"Eh? Beli baju ni dua ke?" Arwah Along tegur dekat baju aku.

"Yes, Along. Along satu. Yang ni satu," senyum aku dengan keadaan yang terpaksa. Well, Along pun aku dah pernah post pasal dia dulu dekat sini.

Lepas berbuka, solat terawih akan buat dekat masjid (ke surau sekolah eh nama dia?) berhampiran dengan dewan makan. Masa tunggu di antara solat Maghrib dan Isyak, mesti ke tandas dulu. Tengok drama-drama yang best waktu ni.

Oh ya. Farid kena tumbuk dekat bahagian perut, tepi masjid (ke surau? Lupa teruk aku). Those guys, cuma terus senyum and tanya dekat aku "Weh karang ustaz mana jadi Imam?".

As I said before, aku tak ambil peduli apa yang orang buat dah. None of my business. Even our Ketua Pengawas pun buat-buat tak nampak. Bukan sebab takut dekat diorang yang jadi pembuli atau sebab itu adalah kawan kitorang satu asrama, satu batch but sebab ah pandai-pandailah korang dengan budak form 4 yang buat masalah dengan korang. Dah besar boleh pancut buat anak dah masing-masing. Tapi selagi tak terlalu serious lah.

Teruk kan?

Move on kepada solat terawih yang kalau dapat ustaz sempoi, baca ayat pendek-pendek je. Kalau time ustaz yang celup hm entahlah tu, panjang sampai boleh buat qiamulail agaknya.

Waktu prep yang diganti dengan waktu free sepanjang bulan puasa ni-- bebas nak buat apa sebelum kena tutup lampu sebaik sahaja pukul 12 malam semua blok asrama. Masa inilah pelbagai benda nak buat, kerja sekolah, berborak, menjala ikan, berasmaradan dan apa sahaja yang sempat.

It was me. Tersenyum dengan perbualan kami di dewan makan. Dah beberapa kali ada yang tegur. Tapi aku cakap tak ada apa-apa. Ada back up lah, ada orang tolong cover lah. Kalau dah mabuk, siapa je yang boleh halang?

Aku sangkakan ia adalah yang terbaik dalam hidup aku sepanjang aku hidup ni waktu itu. Terlalu gembira dan seakan dunia milik aku.

Momen-momen bulan puasa sewaktu di asrama dulu adalah sebuah kenangan yang pelbagai sehingga membawa kepada kesedaran hari ini. Kalau boleh aku nak betulkan masa dan keadaan jika dapat aku ulang balik masa tu. Apa yang patut dan apa yang tidak.

Dah terlambat.

Sebenarnya, banyak benda nak tulis kalau berkenaan asrama di bulan puasa ni tapi takpelah. Cukup panjang dah ni rasanya. Nak cerita 30 hari pun tak habis.

So, pernah duduk asrama dan berasmara semasa di sana?


Yours truly,
Blue x

Sunday, May 28, 2017

Ramadhan: Puasa Terakhir

Setiap kali menghampiri bulan Ramadhan, bermacam jenis persiapan akan dilakukan kami anak beranak. Maklumlah. Masa inilah waktu kami boleh jana pendapatan yang lebih sedikit untuk menampung perbelanjaan pada hari mendatang. Benar, bulan ini sebenarnya kita melebihkan untuk beribadah bukan mengejar kekayaan di dunia. Namun, waktu berniaga pun kita boleh beribadah, kan?

Mak akan pesan, saban tahun untuk aku behave bila ada dekat bazaar nanti. Jangan buat perangai. Tapi itulah yang akan berlaku setiap kalinya. Aku akan merungut nak baliklah, nak makanlah dan bermacam lagi karenah aku. Well, what to expect dari budak-budak umur 9, 10 tahun.

Masuk waktu tengahari, Mak akan mula beroperasi dekat dapur. Mengadun bancuhan resepi rahsia daripada turun temurun keluarga rakannya-- Makcik Leha. Untuk di imbas kembali, beberapa tahun sebelum, Mak merupakan pekerja atau lebih disenangi dengan panggilan sahabat paling rapat dengan Makcik Leha. Rumahnya cuma di belakang rumah kami sahaja.

Makcik Leha dan suaminya mengusahakan kilang Roti Canai Segera di Pekan Padang Rengas. Permintaan ketika itu sangat tinggi dan menguntungkan mereka. Selain daripada itu, Makcik Leha juga mengusahakan perniagaan Roti Arab di Pasar Malam sekitar Padang Rengas. Kiranya, Roti Arab ni memang takde orang lain dah yang jual. Eksklusif.

Tapi entah macam mana, pada suatu hari ni, aku nampak Mak dengan Makcik Leha dekat pintu dapur-- sedang berbual tentang satu perkara yang sangat serious. Seakan sesi dari hati ke hati. Pada kertas yang dikoyak daripada buku latihan aku, ditulis sesuatu.

Rupanya setelah beberapa hari, baru aku tahu. Makcik Leha dan Pakcik Wahid terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Atas beberapa faktor yang dirahsiakan sepenuhnya oleh Mak. Kalau terangkan pada aku pun masa tu, memang tak faham. Mampus aku nak hadam at the early stage of my life.

Resepi Roti Arab turun-temurun keluarga Makcik Leha akhirnya diturunkan kepada Mak supaya kelangsungan perniagaan ini dapat diteruskan di sini. Tambahan, Makcik Leha percaya yang Mak boleh memikul tanggungjawab ini serta sudah pasti membina balik semangat Mak untuk menanggung anak-anak yang masih lagi belajar.

Here we go.

Pasar Malam Khamis dan Ahad merupakan tempat lepak aku. Aku tak rasa malu pun sekiranya berjumpa kawan-kawan sekolah. Malah, aku turut berbangga apa yang Mak aku buat. Sebab Roti Arab, Mee Goreng dan Kuey Teow Goreng yang Mak aku jual selalu mendapat pujian daripada orang. Yang lebih membanggakan bila orang Cina dan India pun turut beli and jadi regular customer. Tak lupa dengan tempahan hujung minggu juga.

Sebab ini mengukuhkan lagi kenapa Mak nak berniaga di bazaar. Atas permintaan dan juga rezeki. Beberapa tahun juga kami berniaga di sana. Bermacam jenis manusia ada. Waktu yang paling best apabila time berbuka. Semua orang saling bertukar makanan dan minuman. Gerai sebelah kami jarang dapat bertukar makanan sebab Ayam Percik dia sangat laku. Kalau ada rezeki, dapatlah merasa free. Tak pun, siap book beli awal-awal.

Masuk tahun 2010, Mak dah tak berniaga Roti Arab di bazaar. Terlalu banyak perubahan dalam hidup kami selepas episod berulang-alik ke Mahkamah Syariah Kuala Kangsar. Mak kini selain bekerja sebagai tukang masak di Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail, dia juga turut bekerja sebagai pembancuh susu segar berperisa yang menjadi kegilaan budak sekolah satu ketika dahulu. Semua atas jasa baik Cikgu Zul yang menawarkan kerja tersebut.

Dan pada tahun itu juga Mak Cuma berniaga Susu Segar dan Dadih di Bazaar Ramadhan. Namun kali ini lokasinya berbeza. Ia di Arena Square Kuala Kangsar. Kerja agak bosan sebab Mak cuma duduk tunggu pelanggan untuk beli Dadih atau Susu Segar. Tak macam dulu, ada je kerja nak menggorenglah apalah. Disebabkan kebosanan tu, aku boleh pergi mengail ikan talipia dekat Sungai Perak berhampiran tapak bazaar. Ramai gila yang memancing dekat situ. Hasil daripada tangkapan, mesti bagi Cik Sue, jiran kami. Walaupun aku tahu, dia akan buang jugak nanti sebab setiap hari aku bagi dia. Tak ke penuh satu petis ais dia tu?

Namun, bila menjelang tahun 2011 pula, Mak mula kurangkan aktiviti berniaga. Dia siap bertekad tahun ni memang dia cuci tangan dari berniaga di bazaar.

“Mak nak tahun ni kita semua solat terawih sama-sama. Dah lama betul kita tak pergi solat terawih. Balik berniaga dah entah pukul berapa. Mesti tak sempat. Jadi tahun ni, kita merasa.”

Keputusan yang Mak buat tu memang sangat drastik, tapi memang menggembirakan kami adik beradik. Finally, tak payah pergi ke bazaar sebagai peniaga dah!

Bermacam benda yang Mak nak capai dan buat serta berjanji untuk lakukan puasa tahun ni. Nak tunaikan apa yang tertangguh pada tahun-tahun sebelumnya. The most perkara yang kami tak sabar adalah untuk solat terawih bersama Mak. Finally, it will become true.

Malang tak berbau, kan?

Pagi tersebut, waktu luka pada tangan kanan masih lagi baru, panggilan yang diterima itu seakan menggoncang seluruh isi dunia aku. Speechless and I don’t know whether it is mimpi atau apa.


Rupanya, 2 Ramadhan pada tahun tersebut merupakan puasa terakhir kami bersama Mak.