Tuesday, November 19, 2013

Cinta - Jumpa atau Cari

Siapa menduga cinta bakal menyentuh hujung hati?
Siapa menyangka cinta mampu mengubah perilaku?
Dan siapa tahu bahawa cinta dapat melakukan apa?

Hai, aku tak mahu untuk berkongsi apa-apa mengenai cinta lagi saat ini setelah beberapa entri yang lepas. Namun, kerana menghormati kehendak dan masih memikirkan dirinya, so let's start with my special edition entry!

Pernah tak kau berjalan dan secara tiba-tiba terjumpa cinta? Bergolek datang pada kau lalu mendakapkan kasih mengundang rindu ketika berjauhan?

Pernah tak kau bawa sebuah kanta dan mengesan jejak cinta? Bagaikan seorang forensik mahupun detektif menemukan kesahihan bukti-- cinta nan hakiki.

Pokok pangkalnya samada jumpa atau cari ia tetap takdir dan ketentuan yang telah tertulis. Cinta yang dijumpai mahupun dicari akhirnya membawa kepada sebuah ikatan antara dua insan. Samada berhak memiliki hati mahupun sebaliknya.

Jika berjumpa jodoh kau, jangan persiakannya kerana dia mampu membahagiakan. Jikalaulah dia jenis membahagiakan. Kalau diri sendiri pun jenis yang mempermainkan orang lain serta sewenangnya mengungkap kata cinta sayang kasih rindu tak bertempat, yeah layaknya menangis satu malam dua kali kerana kehilangan.

Jika cinta yang dicari kau ketemu, bersyukurlah kerana apa yang dicari dan diingini berada di depan. Jikalaulah dia sempurna seperti yang diimpikan. Kalau diri sendiri selalu anggap dan menaruh harapan terlalu tinggi terhadapnya tak boleh jugak kerana tak semua yang kita inginkan dapat serta tak mungkin dia jadi milik kita lagi.

Cinta Masjid mahupun Cinta Platonik. Mampu berfikir dan cari maksudnya. Masa ini biarlah platonik aku harapkan. Bukan seseriusnya.

Jika cinta yang dijumpai adakalanya pandang pertama lalu kekal dan ianya terbaik. Mungkin.
Jika cinta yang dicari adakalanya terlalu memilih lalu terlajak perahu berlayar umur. Mungkin.

Namun cinta melalui 2 method tersebut-- jumpa atau cari sentiasa relevan. Jodoh itu di tangan tuhan. Ada jodoh tak ke mana. Tiba masanya adalah yang bertaut dan bertamu di kalbu.

Sesungguhnya aku di dalam mood yang sangat malas dan langsung malas menjana serta study tajuk ni. Masa ini aku lebih memilih untuk membenci kerana Oktober lalu. Biar aku begini. Aku harap kau faham kedudukan aku. Pinta aku agar teruskan aku membenci kau dan tidak mahu berfikir setiap tentang kau di setiap waktu.

Jika tak keberatan dengarkan lagu Najwa Latif - I Love You. Mohon jika berkesempatan. Apakan daya mahu memaksa.

Maafkan aku tanpa sebab dan Happy Anniversary.

***

Update: Aku tak tahu kenapa dia boleh ada keberanian untuk cari aku balik lepas beberapa hari aku dah tak nak cakap dengan dia. Aku off kan phone dan buat tak tahu apa semua. Aku malas nak scroll Twitter atau stalk tweet-tweet dia sebelum-sebelum ni. Kan kalau bagus Twitter ni ada button Mute? Tak payah unfollow, tapi mute. Senang sikit.

Time aku buka phone hari tu, tiba-tiba muncul dia. Macam mana entah dia boleh tahu aku dah on balik phone. Takkan dia tengok Last Seen dekat WhatsApp? Eh entahlah malas nak fikir daripada mana dia tahu.

So, demi nak cakap yang aku tak ada apa-apa, aku reply-kanlah kehendak dia dengan soalan "Cinta itu jumpa atau cari?"

Yours truly,
Blue x

Sunday, November 03, 2013

Day 4 - Comeback

Semua yang membuat istilah "comeback" akan membawa sesuatu perubahan. Jadi aku bagaimana?

Tunggu nanti. Aku cuma comeback dari berkabung sahaja. Aku mula aktifkan segala laman sosial. Termasuk juga dengan memuat naik satu gambar di Instagram.

Shila Amzah comeback dengan imej dia. Macam tu Miley Cyrus. Lupakan. Jadi? Aku kena tunjuk sesuatu kepada mereka nanti. Dalam masa yang singkat apa yang aku telah lakukan? Di dalam catatan Day 4 - Comeback ini aku takkan beritahu.

Aku memungut kata-kata kejatuhan aku. Aku cuba mengemis kata-kata kesat daripada semua. Aku tagih semua. Untuk aku bangkit. Aku cuba kembali. Kembali dengan sesuatu yang baru. Bukan Aku. Lihat sahaja nanti. Kita tengok nanti siapa yang akan jilat balik cacian dia tu.

"Kamu kaji balik kenapa jadi macam tu. Hanya kamu tahu kenapa kamu jatuh." - Kak Long, 2013.

Kali ni aku perlu sedar aku jatuh dan bila aku naik aku harus celikkan mata sentiasa serta berwaspada.

Nantikan tindakan aku.

"Kelantan 2012 Juara, Pahang 1992 Juara. Aku bakal juara sebentar sahaja lagi." Menyaksikan Piala Malaysia 2013.

Yours truly,
Blue x

Day 3 - Plan

"Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik baik perancang daripada segala perancang."

Aku hari ini hanya mampu merancang namun takdirnya nanti akan ditentukan Allah SWT. Desakan lalu mengajar aku untuk sekali lagi merancang sesuatu yang lebih terperinci dan terurus. Plan yang teratur perlu di susun bagi mendapatkan hasil yang baik.

Alhamdulillah, kesihatan aku makin pulih. Tinggal berbaki sisa-sisa mungkin. Dalam catatan Day 3- Plan ini aku berasa amat malas sekali. Kerana perancangan yang aku lakukan kali ini tidaklah perlu aku nyatakan di sini.

Perancangan yang belum mencapai 100% kemantapannya perlu dikaji dan dilihat keampuhan plan tersebut mengikut peradaran masa sekarang. Sulit untuk kita gunakan method lama di dalam fenomena baru kecuali ia di beri nafas baru. Method lama buat masa kini adalah sebagai pencetus serta pemangkin idea baru.

Tak mungkin berpaling lagi. Aku takkan berpaling ke belakang selagi ia tidak menuntut aku untuk menjengahnya. Selagi aku mampu melihat ke hadapan aku akan teruskan dalam perancangan aku. Aku masih di beri peluang kedua. Sentiasa di beri peluang kedua tetapi aku tidak pernah manfaatnya dahulu. Kini aku perlu membuat dan membaik pulih sistem perancangan lama kepada yang lebih terperinci, teratur dan memastikan aku mengikutnya.

Takkan aku biarkan peristiwa "Sudah terhantuk baru terngadah" lagi. Takkan aku bisa seperti "Hangat hangat tahi ayam" lagi.

"Melayu mudah lupa." Tun Dr. Mahathir.

Aku mungkin seringkali lupa. Tetapi kali ini tidak. Aku berjanji! Sebuah perancangan besar kala ini. Juga memerlukan tindakan yang besar.

Tersenyum sinis membayangkan Aaron Aziz dengan iklan dia tu. Well I'm full ketika ni menikmati Maggi Big Kari.

Saturday, November 02, 2013

Day 2 - Think

Biarlah aku memulakan ceritera ini dengan selepas catatan Day 1 - Movement.

Tepat sahaja jam menunjukkan 1130 malam selepas aku menekan butang PUBLISH untuk catatan Day 1 - Movement, terlihat aku pada satu email masuk dekat notification box. Perasaan aku seakan tak dapat menerima segala apa yang aku nampak kali ini. Fuck, no.

"Aku tak berguna." Itulah ungkapan pertama aku.

Aku membawa lara dalam sepanjang penghidupan ini di peluang ketiga. Sesal aku tak berguna lagi.
Bingkas berdiri aku di hari kedua ini dan berfikir. Berfikir sedalam mungkin sehinggakan demam, selsema dan batuk yang aku kira menjadi kombinasi hebat-- di tambah lagi dengan migraine. Cool isn't it?

Walaupun demikian, aku tetap berfikir masa depan yang bakal bermula sebentar sahaja lagi. Tiada guna lagi aku menyesal. Aku perlu bangun bukan biar rebah menyembah bumi. Jangan biarkan aku terus menyentuh rumput dengan dahi. Aku perlu menyentuh permaidani hijau ini dengan kaki aku sendiri. Sedangkan bayi bertatih, bangun semula gigih bertatih tanpa rasa jemu. Apakan aku? Buanglah rasa gundah gulana.

Aku berfikir sepanjang hari. Aku perlu bangkit. Menyuntik hati yang makin kebah. Merancang sebuah perjalanan baru yang lebih teratur dalam menggapai satu per satu visi.

"Kejayaan setimpal dengan usaha." Petikan khutbah Jumaat.

Ya, aku perlu ingat itu.

"Kegagalan itu merupakan titik permulaan bagi sesebuah kejayaan." Petikan tweet Hadi.

Kini, aku berfikir. Berfikir sedalam mungkin hingga ke dasarnya. Perancangan dalam percaturan terbaru ini. Aku perlu! Semalam menyaksikan aku memilih untuk bergerak melangkah ke hadapan. Dan inilah masanya. Aku akan merancang sehabis mungkin. Biarkan semuanya berjalan. Aku hanya mampu merancang tetapi Allah telah menetapkannya.

"Saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh. Tak salahkan kita berusaha mahukan yang lebih baik untuk hidup kita?" Petikan dialog Iqmal dalam filem Syurga Cinta di TV2 hari ini.

Perlu berani dalam kehidupan baru.

"Kosong - Najwa Latif" playlist selesai sahaja memutarkannya.



Yours truly,
Blue x