Thursday, April 30, 2015

Tempat Berteduh 3 Tahun: JPKTPK2

Pada asalnya aku tak pernah jangka untuk ditempatkan di dalam golongan ini.  Disatukan untuk belajar erti kehidupan di sini. Tekun walau banyak cabaran.

Kelibat seorang badan gempal ada di hadapan aku. Dia peluk aku erat seeratnya dan berkata "Kau melatah eh? Ohh haa ambik ni ambik ni." sambil dia gelak dan bergelak. Dia juga bilang "Banyakkan istighfar. Ni mencarut pulak melatah."

Bermula daripada situ aku kenal siapa dia. Tapi yang menjadikan aku takut pada dia bermula saat dia interview aku dan tanya soalan "Kau boleh jadi emcee? Boleh buat proposal?" rasa yang agak paling berdebarlah masa itu. Tak. Sumpah tak tipu sebab dia dah bertukar jadi singa diam.

Perasaan yang berbeza antara hormat dan takut. Lebih menakutkan aku adalah bila di awal meeting antara semua sekretariat-- dia warning aku "Kau kalau kena rasuk lagi, aku buang jelah kau dekat mana-mana kolej. Ada dekat sini, buat busukkan nama kolej je." the words. Terkesan sampai hari ini. Sebab aku fikir. Bukan aku sengaja. Lupakan. Setiap kali aku dirasuk-- dia ada untuk melegakan perit dari dalam. Dengan cara dia sendiri.

Dan perasaan tadi yang takutnya berubah apabila dia berubah-- mewujudkan sebuah kepimpinan yang dihormati. Berfikiran terbuka untuk mendengar masalah dan memberi inspirasi kepada manusia lain. Sungguh.  Dia menanamkan satu cara pemikiran yang kita akan menghormati siapa dia.

Boleh beza antara dia yang dulu-- Buff bertemu dengan kawan tak sebulu dia. Masa itu, dia seakan berlakunya perang dunia ketiga. Ketegangan yang ketara. Pantang bersua. 

Kawan tak sebulu Buff pada pandangan aku masa itu-- seorang yang sangat peramah. Walaupun masa dia satu team kayak dengan aku banyak yang tak suka pada dia, tapi dia jenis yang tak peduli pun cakap cakap orang. Dengan motor bot dia. Tukar warna biru pulak motor apa entah.

Dia banyak bercakap mengenai cita-cita dan angan-angan dia. Terlampau banyak kegigihan yang dia tampilkan. Lawak hambar yang tak lekang.

Sebelum aku betul-betul official generasi ketiga kepimpinan-- dialah yang banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat. Vee itulah yang selalu ada dalam pertanyaan aku dalam apa apa pun pasal organisasi. Dan dia akan terus suruh aku merujuk pada seseorang lagi.

Tiada tandingan ilmu kematangan. Sebab dia dah lama. Agak veteran dalam usia kami. Malahan aku ini baru setahun jagung. Dia lebih matang dari kakak aku. Lebih tua sepatutnya kena sebut. Dah beristeri pun. Abang zizi adalah pusat rujukan dalam organisasi masa itu (kot). 

Selain baiknya aku bercakap mengenai masalah dengan Vee-- aku akan berjumpa sifu aku. Sifu tongga yang romantik gila bila bercakap dan takkan kasar. At the early stage aku kenal dia-- dia tengking aku "Jangan buang air maggi dekat tempat ambil wuduk!". Dia tak tahu aku jadi orang suruhan Abas (JPK Publisiti pertama) masa itu.

Aku lepas itu terus tak suka dia. Masa dia hampir terbuang dari jadi calon JPK, aku bapak lah gembira sebab masa itu aku betul-betul tak suka dia. Lepas peristiwa tadi itu. Tapi lama-lama dia tempat mengadu domba lah. Alah. Tempat dia nak urut batin pun dia cari aku. *emoji senyum sinis*

Amin the one who responsible yang banyak ajar aku untuk jadi S/u yang mantop warok dong. Hahaha sebab dia banyak bagi percaya dia dekat aku nak jadi S/u nokrom. Tambah-tambah lagi kawan dia seekor ini. Dia punya vision dan percakapan yang pelat "r" tak mematahkan mood nak dengar kata-kata penuh semangat dia.

Kerek tak pernah jadi kerek. Walaupun muka kerek and cakap gaya sinis. Tak pernah dapat sebilik dengan Amin. Kesian. Dia pun selalu jugak mintak urut batin. *sekali lagi emoji senyum sinis*

Kerek ada kadang-kadang kenakan aku. "Abang kau balik ke?" the question yang aku dah tahu pasal siapa tanya. Menjadi abang kepada ramai orang lah. Yang juga nampak aku dekat mana dan bawa aku sehingga sampai ke hari ini untuk mengenang jasa baik dia.

Tanpa dia-- rasanya aku takde rezeki kot berada selama 6 semester dekat Kolej Tun Perak ini. The one who believe in me. Syahiran. Yang takkan pernah peduli apa cakap orang. He said "Syahiran dengar semua kutukan tu. Tapi Syahiran dengar dan ambil kejap je. Lepastu buang lah. Not worth it."

Sebab yang not worth it, itulah yang selalu digelakkan si dia ni. Membahan tahap intelektual ilmiah. Otak bergeliga ada je modal. Tak pernah lekang mulut mengalahkan joyah kalau nak membahankan orang. Tak menang. Ini azan. Dia pro. Pro dalam designing itu ini. Aku cukup tak puas hati kenapa dia hero of publicity dalam mata aku. Sebab sesiapa yang kenal dia-- akan tabik setiap hasil kerja dia. Dia jadi idola lah senang cerita.

"Kerja aku Pul, aku fikir macam ni. Settle kerja aku dah. Aku malas nak fikir kerja orang lain. Bahagian aku dah settle. Simple je. Tak payah pepening." kata Azan lah masa itu. Dengan perasaan slumber king kong dia.

Minat main futsal. Ada geng sendiri. Salah seorangnya bangla hati aku. Yang aku anggap abang. Taiko keling dekat kolej. Paling malam. Malam dengan malap entah lah. Dia menggantikan JPK sebelumnya. Atas kata sepakat majoriti mahu menaikkan dia. Well tak salah beri peluang dekat mamak ni. No wonder dia nama Paktam.

Pemakai boxer vespa warna-warni ini pun ada juga kawan. Sama juga mulut macam Azan. Pernah jugaklah aku tarik sentap dengan dia bila dia cakap "Habis semua event kau nak buat." dengan keadaan slumber atas katil double decker sebelah atas bilik 314. Aku peghati je dia ni. Sabar punya pasal sebab dia senior tak bertamadun dengan Paktam. Disebabkan dia muka ala ala kartun dalam cartoon network-- Dexter the laboratory, so nama dia Dexter orang bagi. Sabar je lah.

Itu pasal muka. Belum masuk pasal gigi. Kalau gigi.... Hahahahahaha dialah yang paling tak boleh dekat dengan magnet. Tu haa dia. Naik kereta Wira hitam. Pandai cakap cina. Cakap pun macam cina. Suara nyaring. Cepat koyak jugak hahahaha entah berapa kali aku bergaduh dengan dia. Tapi hati Ijam ini macam tisu. *teringat kuliah subuh Syamil Kamal gigi besi jugak masa dekat PAA2 pasal hati ini seperti tisu*

Tapi tiada hati selain tisu seperti Hadi. Kuat nangis. Acah sado. Tak nampak (masa tu lah). Muka ganas je lebih. Geli je. Suka dekat tuttttt merdututttttt ni tuttttt YDtuttttttt. Pakai kereta kancil. Tapi dulu dia pernah bawak motor. Motor dia pernah excident depan kolej. Itu semua sebabbbbbb..... Hahahaha Ameer kan tak silap?

Orang tua. Hahaha yang paling peramah. Bukan umur sama dengan kitorang semua. Periang. Botak. Pakai kaca mata. Dan jangan sangka air tenang tiada buaya. Hehe. Dia kalau panas-- semua akan kena. So jangan memain.

Dan dalam panas-panas Ameer ada je yang tenang relaks cool tanpa perlu marah-marah. Naqi. Cool je. Tak banyak bersuara. Tapi aku tak permah anggap dia tak berguna. Walaupun dia selalu cakap "Aku tak berguna dalam semua JPK." no. Aku rasa kau ada je gunanya. Yang kau pernah suruh aku cari details budak satu kolej sampai empat pagi tu tak berguna ke? Bergunalah tu. Buat kerja. 

Jadi inilah kesemua 13 belas JPK generasi kedua dan merupakan generasi pertama Kolej Tun Perak secara rasminya.

Hati TPK yang pertama.


Friday, April 24, 2015

Macarons By Blue

Dulu masa raya tahun lepas (2014) aku teringin nak buat sendiri macarons. Dengan perasaan bangga lah mungkin dapat buat berapa ketul je yang menjadi masa mula-mula buat. Itu pun dengan bergaduh dengan kakak aku.

Sebab masa itu, Shakir ada cakap yang dia nak tahu apabenda tu macarons. So aku kebetulan memang rasa nak buat benda alah ini-- maka buatlah. Dan disebabkan testimoni masa open house tu semua pakat berebut cakap sedap dan best; kakak aku dengan perasaan yang berbesar hati berhenti kerja sebab nak buat macarons ini.

Alhamdulillah pendapatan kakak aku pun dah kira stabil dari dulu kerja HR Executive tapi macam apa je gaji. Lebih baik kerja sendiri. Sumpah aku kesian jugak dengan kakak aku-- pergi pagi kerja and kalau nak sampai hari gaji mau tengah malam baru dapat tengok batang hidung dia.

Memandangkan aku dah habis diploma dan nak cuba capai life goals lah konon-- so aku plan untuk buat brands sendiri. Boleh lah nak tampung sikit-sikit duit poket sementara mana ada masa sebelum sambung degree nanti.

Memang lepas je paper terakhir haritu masa last day in diploma, aku tak fikir panjang. terus start buat plan dan beberapa discussion dengan kakak aku bagi mengembangkan lagi perniagaan. 

Jadi hasil perbincangan aku nak buka brands sendiri Macarons By Blue ni. aku mencuba. aku nak kepuasan dari pihak aku dan kalau ada customer nanti. InsyaAllah.

Kalau takde apa-apa masalah-- insyaAllah mungkin bulan 5 nanti ada sesuatu. Doa-doakan aku berjaya.

Wednesday, April 22, 2015

Apa Itu #zinepelacur?



Ramai yang tanya apa itu zine? Padahal korang sendiri boleh pergi google apa makna zine tu. Alolo mengadanya dia. *babab bontot*

"A zine (/ˈziːn/ ZEEN; an abbreviation of fanzine, or magazine) is most commonly a small circulation self-published work of original or appropriated texts and images usually reproduced via photocopier" - wikipedia

"General definition of ZINE: So-called-magazine; a non-commercial often homemade or online publication usually devoted to specialized and often unconventional subject matter. Zines are written in a variety of formats, from computer-printed text to comics to handwritten text. Print remains the most popular zine format, usually photo-copied with a small circulation - Source" - gadisjahat.blogspot.com 

Yes. Semua pembikinan dari A sampai Z aku dan anep akan pastikan kitorang tahu apa yang berlaku. Kiranya start daripada isi dalam sampai terjadinya buku zine ni semua sendiri sendiri. kira design apa semua sendiri sendiri. Without any publisher lah. untuk suka suka nak collect duit simpanan dan menampung perbelanjaan kami berdua sem keenam (terakhir) aku ini.

Pada asalnya aku plan untuk tinggalkan sesuatu dekat Lendu (most of my friend lah) dan masa aku tawarkan anep untuk join venture dengan aku buat zine ni-- aku tengah buat satu zine lain kolaborasi bersama DS, Radya and Madam Azura entitled RADAR.

Jadi entah macam mana zine yang ni dapat dikeluarkan dulu. So untuk first batch haritu collection dapat dalam seribu lebih walaupun banyak masalah berlaku masa proses print cover dengan tempat printing ni. (Kalau orang yang order dulu tahu macam mana aku meroyan macam orang gila dekat instagram and twitter sebab tempat printing ni.)

So, kitorang decide untuk adakan contest-- reka puisi bertemakan "Catatan Pelacur Cinta" dan satu lagi sambung atau akhirkan "Mentari Untuk Laila" series. Dah ada pemenang. Alhamdulillah seperti mana yang kitorang rancang.


Mengenai #zinepelacur.

1 -  Zine yang dihasilkan sendiri dengan air tangan sendiri. koleksi entri-entri blog anep, instagram aku dan beberapa catatan aku di blog atau di mana mana.
2 - Isi kandungan-- ada yang tertulis di blog ini dan ada yang takkan korang jumpa.
3 - Tak macam zine lain. 60 muka surat (cetakan pertama) dan 100 muka surat (cetakan kedua dan ketiga). hitam putih. Tetapi untuk cover ada colour.
4 - Aku jenis ada sikap yang from A - Z kalau benda yang aku buat kena pilih dengan tepat dan teliti. So, yeah. Semua pemilihan struktur, gambar, layout dan apa segala jenis mak nenek dalam ni semua aku akan buat sendiri.


Cara order:

1 - Email nama, alamat, nombor telefon kepada email blueasyraff@gmail.com atau whatsapp to +60179309585 (aku) / +60189570696 (anep).
2 - Bila terima no. akaun, bank in RM20 kepada nama yang akan diberi. Duit termasuk buku, freegift, servis dan postage (plus GST).
3 - Simpan details resit (masa/tarikh) lepas bank in duit dan snap picture resit tadi dan hantar kepada salah seorang daripada kami yang korang berurusan supaya boleh dijadikan bukti dan rujukan kelak.
4 - Tunggu bila tracking number di beri bermakna esok atau lusanya korang dah boleh tunggu depan rumah menanti abang postmen dengan hati yang berbunga.

InsyaAllah, dalam bulan 5 ini kitorang akan release kan edisi kedua zine ini yang di mana kami telah mengumpul beberapa komen dan pandangan strangers. Content di dalam edisi kedua ni akan dipertingkatkan sedikit mutu dan beberapa elements of surprise akan dihasilkan serta beberapa lagi perkara penting yang pastinya pembeli edisi pertama akan berasa rugi tidak dapatkannya.

Pesanan dari aku, terima kasih sebab sudi membeli zine kami and support kitorang. Aku masih lagi menaip seperti biasa dan masih lagi menerima sebarang idea daripada korang. 

Any hesitation you can email me to blueasyraff@gmail.com.

Saturday, April 18, 2015

Perasaan Sedih Pergi Hilang Kau

perasaan--
sesuatu perkara penting dalam hidup yang tak dapat dirungkai misteri kewujudan abstraknya.

sedih;
definisi untuk menyatakan perasaan galau yang tak tertanggungkan.

pergi,
jauh dari mata namun di hati lagi terbeban untuk menahan sakit rindu.

hilang.
lenyap dari segala pandangan yang akan tetap kekal dalam ingatan.

kau?
aku menanti dalam setiap waktu.

Wednesday, April 08, 2015

Tempat Berteduh 3 Tahun: Hati-Hati, Hati TPK

Kau pernah tak merasa; terpaksa hidup berpindah randah kerana sebab dan alasan yang tak dapat kau terima? Tak kiralah dari segi apa pun. Asalkan konsep dia kena pindah.

Mine was back in 2005. Di mana aku terpaksa terima kenyataan yang rumah aku tak selamat untuk diduduki atas alasan gangguan misteri terhadap arwah mak. Habis orang sekeliling duduk menjaja cerita yang hidup aku malang dan aku terpaksa merempat merata. Dengan masa itu ayah tiada, mak tiada, abang baru lepas SPM, kakak kerja jauh dan hanya ada tempat pergantungan sekejap masa itu hanyalah mak saudara dekat kampung.

Nasib baiklah rumah mak saudara aku masa itu jaraknya tak lebih 5 km dari rumah aku. Aku kemas semua barang sendiri, jalan kaki sendiri dan kena kutuk sepanjang jalan dengan kawan sebaya, makcik makcik perfect sangat atas dunia ini. Aku hanya diam dan pendam. Tak terkata perasaan masa itu. Hanya dapat terungkap dengan derapan langkah aku yang cukup untuk kau semua tahu yang aku takkan mengalah-- teruskan kehidupan seusia 11 tahun sendiri. Perak adalah sebuah dugaan aku untuk terus hidup.

Selain daripada itu, semasa aku di darjah enam; sekitar 2006 bulan ke berapa aku tak berapa ingat. Yang cuma pasti adalah aku dihalau oleh adik tiri daripada rumah dia-- di Kelantan waktu itu.. Bagi dia aku adalah pendatang asing di rumah mereka. Dengan berbekal beg yang sama aku berjalan ke rumah mak saudara aku dulu-- aku kemas barang aku dengan penuh kemarahan yang tak dapat ditahan lagi. Hanya kerana aku mengalah kepada seorang anak kecil berusia 8 tahun.

Kehidupan nomad aku tak pernah cukup dan berhenti. Aku hanya mahu sebuah tempat; rumah yang aku sangat sayangkan. Tempat aku berteduh dengan hati yang gembira dan rela hati untuk berada di situ.

Aku masih ingat sewaktu keputusan tawaran ke UiTM dulu. Aku rasa kehidupan aku bakal berubah. Dan aku sangat gembira akan keluar daripada kepompong ayah aku dan segala penyeksaan jiwa aku selama ini di Kelantan. Aku tak kata yang aku benci tapi aku hanya anggap aku berada di sana sebagai seorang yang bermastautin atau ‘menumpang’.

Apabila aku berada di Melaka-- aku sangat teruja kerana segala penghidupan terhadap hidup aku bermula kembali di sini. Di sebuah tempat berteduh aku selama tiga tahun. Ini rumah aku. Ini permulaan hidup aku.. Aku baru merasa nikmat mempunyai rumah untuk sekian lamanya merempat di rumah orang.

Segala penat lelah dan segala pahit manis-- aku curah tanpa pernah rasa kesal. Rasa sayang yang teramat mendalam seperti aku mahukan kolej kediaman ini dibina untuk aku berteduh selamanya hingga aku boleh mendirikan rumah sendiri. Hanya tuhan sahaja tahu macam mana tak terhitungnya ucapan terima kasih aku untuk kolej ini.

Aku adalah generasi kedua yang beraada di sini. Aku diteduhkan di sini selama 3 tahun lebih yang bersamaan 6 semester. Segalanya di sini. 

Dari saat aku tidak pernah mengenal erti brotherhood yang utuh sehingga saat ini-- “Once Silverian, Forever Family” punya tagline pada zaman kepimpinan kami; kekal dalam hujung memori kecil aku. 

Setiap satu persatu isi penghuni kolej ini akan berubah dan tidak akan pernah kekal di setiap semester baru. Dan itu yang menjadikan keunikan dan keistimewaan yang tidak terdapat di kolej lain di mana semangat brotherhood setiap semester itu berlainan. Berlainan auranya. Berlainan coraknya. Berlainan kasihnya. Berlainan peringkatnya. Dan berlainan orangnya.

Saat perpisahan di hujung semesterlah paling akan dirasai suram dan sedihnya. Melihat kawan kawan kau sudah habis paper daan dengan rasa megah balik meninggalkan kau. Perasaan perpisahan itulah yang kau akan rasa. Saat di mana kau membayangkan yang kawan kau itu takkan kau temui lagi. Perasaan rindu itu akan bertaut seolah olah kawan kau akan pergi buat selama-lamanya. Susah untuk digambarkan perasaan sedih yang mencengkam. Titisan air mata sekali pun tidak dapat menjelaskan perasaan ini.

Bila kau bercakap pasal brotherhood, perpisahan, roommate dan apa sahaja yang buat kau selesa di sini adalah-- Geng. Itulah yang terwujudkan. Di sini. Perasaan yang kau selam setiap geng kau. Perasaan sayang yang tidak berbelah. Sebuah keluarga yang dicincang sama disiksa rasakan. Waktu kau korek tahi hidung sekali pun akan jadi termanis.

Setiap gelak tawa, canda suka, nangis hiba dan setiap satu persatu inilah yang melengkapi kau sebagai seorang penghuni di sini.

Dan.
Hari ini.
Aku ingin bercerita. 

Tempat berteduh tiga tahun aku sedang diperdagangkan miliknya. Bakal ditukar sejarahnya. Hanya kerana alasan alasan bodoh. Hanya kerana sebab sebab celaka. Hanya kerana peristiwa tikam-- gender bias terhadap golongan minoriti, cuba ditindas. Hanya kerana orang orang tadbir yang paling bijak dalam muka bumi tuhan yang tercipta ini. Yang mempunyai otak berfikir masalah hingga ke dangkalnya tapi cetek pemikiran di mata aku.

Kalau dulu kau boleh buat keputusan secara drastik terhadap beberapa kolej tanpa sebarang perbincangan dan kau terus memperlakukan semua orang suruhan yang kau sendiri lantik terasa bagai maruah dipijak pijak. Kau jadikan mereka seperti dua kuntum mawar merah dan putih-- lalu kau pijak henyak semahunya. Hingga melayu.

Apabila tiba pada hari ini. Kau ingin mengulanginya. Kau ingin memperlacurkan maruah mereka. Kau ingin membangsatkan tindakan mereka. Dan kau ingin menjahanamkan sebuah empayar kukuh.

Apa sebenar mahu kau?
Adakah kau sedang takut?

"Pantang maut sebelum ajal."

Rumah, hati hati nanti. Jangan kau menangis dan jangan kau lupa siapa aku. Aku adalah salah satu cebisan hati kau. Dan kau ingatlah hati sebenar kau adalah kami yang diperkecaikan.

Selamat malam seluruh hati TPK.

Tun Perak berundur.... selamanya.
Assalamualaikum.