Rasa macam 2017 tu baru je bermula. Tak sangka hari ni adalah hari terakhir 2017. Seperti biasa, ada manis dan ada pahitnya seperti tahun-tahun yang lepas. Kalau nak ikutkan, tahun ni perasaan aku bercampur baur dan bersifat lebih realistik-- aku dah tak menghadap masalah cinta yang tak berkesudahan tu. Tapi yang datang bersilih ganti adalah sesuatu yang luar dari kebiasaan. Macam mana ya nak deskripsikan?
Awal tahun 2017, aku tinggalkan Shah Alam untuk kebaikan (dah habis degree). Tanpa diduga, apa yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan di mana buku yang aku dah malas nak ambil tahu (sejak tahun 2015 lagi tunggu tapi tak ada berita) diterbitkan. Dia memberikan nafas baru kepada aku untuk hidup di masa akan datang. Yang paling tak sangka adalah, dia keluar tepat dengan tarikh 19 Januari di mana tarikh tersebut merupakan highlight kepada buku itu beberapa tahu sebelumnya. Bahkan, buku tu keluar sebaik je aku tamat degree. Sungguh tepat perancangan tuhan untuk setiap satu perkara.
Kemudian, kelahiran Muhammad Qarizh Daiyan dalam keluarga kecil kitorang, walaupun lahir masa umur 6 bulan kandungan, dah menggembirakan kami sekeluarga. Dia dilahirkan dalam rumah dan sangat kuat. Semua orang gembira sebab dia gagah bernafas walaupun dalam keadaan yang sangat lemah. Malam tu, semua bergegas ke hospital dengan keadaan yang sangat bimbang. Itu adalah kali kedua dalam hidup aku (dah besar ni lah) turun padang sendiri melalui proses ni. Dalam masa tak sampai setahun pulak tu.
Gembira tadi bertukar wajahnya. Daiyan menghembuskan nafas dia yang terakhir selepas tempoh masa yang lama. Aku tahu, tuhan lebih sayangkan dia. Sudah pasti memang dia adalah bayi syurga. Abang dan kakak aku sangat tenang menghadapi situasi ni. Aku tahu walaupun diorang redha dari awal lagi, jauh di sudut hati diorang teramat sedih.
Dan apabila satu persatu watak aku yang satu lagi kembali sekali lagi. Ya, sedih tu. Beberapa kawan aku hilang dan mula menjauh. Aku rasa serabut dan mula rasa tertekan sebab dah rasa terlalu bersendiri. Kebiasaannya masa belajar dulu ada je kawan-kawan terdekat untuk mengisi kekosongan aku. Tapi sekarang tidak lagi. Semua kena sendiri. Skrin phone mula bisu dari message kawan-kawan dan sebagainya.
Mimpi yang menakutkan aku tu terhadap beberapa kaitan manusia kerap muncul menyebabkan aku banyak left group dan buat beberapa perkara lain. Orang tak faham kenapa aku berdiam dan buat tu sebab diorang tak duduk dekat tempat aku. Aku tak nak orang lain tahu-- jadi aku diamkan. No one (I mean things) can touch my dearest friends. Takpelah, aku sanggup hilang dekat sini.
Perjalanan seterusnya bermula lagi dengan program internship. Aku terpaksa harungi segala sunyi sendiri. Beberapa kali nak quit semata tak mampu nak teruskan internship ni. Hampir dua bulan aku tak jumpa kawan-kawan aku langsung atau bercakap dengan diorang menyebabkan aku give up. Sampai nak menangis betul-betul setiap kali naik MRT pergi Damansara. Aku sangat memerlukan setiap kawan-kawan aku disebabkan aku dah tak ada sesiapa dalam dunia ni yang faham pasal aku.
Nak tak nak, aku kena juga lawan. Sendiri tu mula jadi kebiasaan di mana aku kena kuat. Sampai bila aku nak bergantung hidup kena ada kawan baru boleh bernafas? Berdikari tu adalah lebih baik. Bawa diri sendiri ke sebuah fasa baru. Semua kena sendiri-sendiri. Jangan terlampau harap orang akan ada dengan kita. Zaman belajar dulu lain. Sekarang kena biasakan diri untuk berasa sunyi itu lebih baik daripada beramai.
Aku belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan dunia luar -- semasa internship which aku dapat berinteraksi dengan orang-orang terkenal dan korporat. Beberapa kenalan kenamaan atau popular aku dapat jumpa atas urusan kerja dan menjadikan perjalanan 2017 aku semakin menyeronokkan. Aku dapat travel ke sana sini (walaupun takdelah jauh mana pun) dan belajar benda-benda baru.
Satu episod dalam hidup aku di mana satu minggu yang teramat sukar sepanjang 2017 adalah bila aku ditipu oleh seseorang. Aku rasa hidup aku dah tak ada makna sampaikan rasa macam perlu tamatkan nafas supaya lebih tenang. Aku melalui sakit lama yang muncul tanpa mengenal erti waktu dan tempat, depresi yang terlalu teruk sehinggakan tak mampu untuk buat apa-apa. Ambil cuti mendadak dan murung. Aku kurung diri dalam bilik untuk beberapa hari. Some of my friends know setiap kali aku alami perkara ni. Sebab dia datang secara tiba-tiba. Sebab tu orang susah nak faham aku.
Jumaat tu, aku hantar satu mesej panjang dekat seseorang. Aku rasa aku dah mula perlu bersikap sedar dan duduk dalam alam nyata. Aku gagahkan diri untuk bangun walaupun terasa sangat sakit dan bayangan dipermainkan serta dipertontonkan satu Malaysia tu menghantui aku setiap detik saat. Walaupun takut, aku terus bangun dan bangkit. Sikit demi sikit aku buang semata masa depan dan keluarga aku.
Tiba-tiba tertengok pulak 13 Reasons Why. Tapi aku tengok tu bukan jadi lagi teruk -- aku rasa aku difahami oleh orang lain.
Beralih kepada aku jumpa, kenal lebih rapat, have conversations dan lain-lain lagi dengan orang yang memang betul-betul aku idolakan membuatkan tahun 2017 aku sangat menyeronokkan. Diorang buat aku lebih terinspirasi dan menjadikan aku lebih kuat untuk mengharungi semuanya dengan gembira.
Bersua muka dan berbual ringkas dengan Fynn Jamal, shooting dan kenal lebih lagi Caprice, got chances to communicate with Naim Daniel (last time was on 2015 at Shah Alam because we're in the same college), went to Yuna Secret Show and many more.
Tak dilupakan menunaikan beberapa perkara wajib aku yang tertunggak selama ini. Got my driving license and bla bla bla. Igauan kena pukul dengan jurulatih memandu berbangsa cina juga menyebabkan aku bertambah fobia. Bertahun yang lama dulu aku pernah kena pukul teruk sampaikan aku trauma bila orang datang dekat dan sentuh aku. Lesen memandu nilah struggle gila nak mampus.
Separuh masa kedua 2017 agak suram dan bertambah gelap lagi bila aku terpaksa hadapi fasa sukar dengan ketiadaan duit untuk teruskan plan yang aku dah rancang. Disebabkan orang-orang yang aku percaya mula mengingkari dan musnahkan kepercayaan aku -- maka banyak benda jadi berkacau bilau. Semua tak jadi. Menyebabkan aku mengalami perselisihan faham yang sangat teruk dalam keluarga. Yes, to you (if you read this), you made my 2017 worst. Tapi aku kira aku belajar daripada kesilapan tu. Untuk jadi yang saling sedar dengan kesilapan dan perbetulkan masa hadapan-- kita kena melaluinya terlebih dahulu.
Juga, pada 6 Oktober di mana tarikh yang paling malang dalam hidup aku saban tahun menjadi sekali lagi malang. My friend, Amie meninggal dunia pada tarikh tersebut. Aku rasa terkesan sebab dia adalah sebahagian daripada orang-orang penting dalam hidup aku. Kenangan kitorang zaman beljar dulu yang menjadikan aku sangat sedih untuk mengingatinya. Dekat mana pun sekarang kau ada Amie, moga kau bebas dan dirahmati.
Bulan Disember datang dan ia adalah bulan yang penuh dengan keajaiban. Pelbagai benda datang dengan pelbagai tawaran. Dapat tunaikan setiap perkara yang aku nak buat. Menjadi lebih teratur dan bersedia untuk menghadapi 2018 dengan perancangan-perancangan yang dah disusun.
Dan aku berjaya untuk menyiapkan beberapa perkara dalam penulisan aku serta aku mula tekad untuk hasilkan sesuatu di masa akan datang. Juga aku dah tak nak berselindung dengan dia. Jadi aku ambil keputusan untuk berterus terang selepas bertahun lamanya aku berteka teki dengan dia. Rasanya 2017 ni memang banyak menunaikan perkara yang betul dan menangani realistik sendiri.
Dan aku berjaya untuk menyiapkan beberapa perkara dalam penulisan aku serta aku mula tekad untuk hasilkan sesuatu di masa akan datang. Juga aku dah tak nak berselindung dengan dia. Jadi aku ambil keputusan untuk berterus terang selepas bertahun lamanya aku berteka teki dengan dia. Rasanya 2017 ni memang banyak menunaikan perkara yang betul dan menangani realistik sendiri.
Moga, apa yang telah dirancangkan untuk 2018 akan terlaksana dengan sempurna.
Terima kasih untuk helaian 2017.