Sunday, December 15, 2013

Prolog - Ceritera Empat Lendu

Sebelum melangkah pada tarikh 23 November 2013, 2 minggu awalnya aku telah berada di Lendu. Petugas Konvo Kali Pertama Melaka dan Secara Umum ke 79. Meluaskan jajahan perkenalan. Meluaskan taklukan ilmu. Meluaskan pengalaman mengenal manusia. Mengkritik dengan suara yang lantang.

Sedar kami hanya Petugas Konvo bukannya Pemimpin Minggu Destini Siswa yang di lihat sebagai golongan atasan oleh Pentadbir. Mentaliti. Sedangkan kita sama sebagai petugas. Biarlah mentaliti kita yang membezakan siapa kita apabila kita sebagai pemimpin. Biar nanti aku panjangkan pandangan aku dalam isu ini.


November 23, 2013.

Segalanya bermula kembali di ceritera baru. Aku cuba bangkit sekali lagi meredahi masa lampau di dalam halaman yang baru. Perancangan demi perancangan aku pahatkan. Menjadi saksi target aku menjelang ceritera baru ini.

Namun, kedatangan aku kali ini bersama dengan suatu kobaran merah api. Membakar dari dalamnya mengganas. Pada siapa aku tuju bara ini, aku sembunyikan.

Catatan Prolog dan Epilog: Halaman Ketiga Lendu membuatkan aku terkesima menelitinya kembali. Jauh menyimpang tujuan prolog dan epilognya.

Bermula dengan perjalanan dari Hulu Langat ke Melaka mengambil masa hampir 3 jam lebih tidak seperti selalu hinggakan lagu Wrecking Ball - Miley Cyrus diputarkan di corong radio 3 kali satu jam. Aku dan Wanie didendangkan deritanya di dalam nada itu.

Setiba di Lendu, bertekanankan perasaan kacau bilau dan emosi terganggu, muncul perkataan "Takkan kau tak boleh terima hakikat lagi?"

Panah atau bilah mahupun tombak tepat ke penjuru kotak hati? Menikam, merobek atau menusuk kata ini? Listen hear. Kau ingat benda ni gurauan ke? Kau yang huat aku macam ni dan kau boleh cakap macam tu dekat aku? Kenapalah aku boleh terserempak dulu dengan kau dekat sini. FML, fuck you.

Aku cuba belajar membenci sebagaimana aku berjaya berhadapan 3 bulan untuk membenci dia yang aku namakan "Kekuatan" suatu ketika dahulu. Dan kali ini hanya 3 hari. Mungkin kerana 3 hari pada ketika itu, terlantar di rumah sakit, satu masa singkat tetapi mempunyai 62 jam dan aku tertumpu pada satu subjek lalu mengajar aku berfikir untuk membenci.

Walau hakikatnya pedih namun aku gagahi. Aku menegaskan bahawa kau tiada salahnya. Aku sendiri yang mahu menyalahkan diri aku.

Aku membenci bukan kerana aku merindui ataupun seangkatan dengannya lagi.
Aku tak pernah menyalahkan kau.
Aku tak bermaksud menjadikan kau seakan-akan tidak berguna.
Tapi tolong faham situasi aku sekarang. 
Aku perlukan masa. Masa untuk meneutralkan kembali perasaan aku yang bercelaru.

Singgahkan aku sebentar di sudut berfikir. Biar aku tekun dalam pegun seketika. Mengolah tindakan untuk melahirkan rasa benci dan tidak berasa serba salah pada kau. Lantas kita mampu jalani kehidupan seperti biasa, bergurau senda, gelak ketawa dan duduk semeja. Sekurang-kurangnya aku mencuba dan akhirnya aku berjaya. Adakah benar?

Dalam melintasi permasalahan yang aku ciptakan, aku terpaksa menghadapi sebuah nilai berangkakan RM18k yang aku sendiri tak sangka diluluskan pihak atasan. Secara amnya bangga dan tak tersangka. Namun dileburkan setelah melihat sebuah nama kerjasama yang menghampakan.

Aku tekankan ungkapan "Kita hanya mampu merancang namun Allah yang tentukan." Tak semudah yang kita sangka untuk meraih kesepakatan dengan yang tak sehaluan. Jika mereka anggap aku memaksa aku mohon sejuta kemaafan. Aku janji, biarlah kali terakhirnya aku mohon pertolongan dalam projek ini dan selagi aku mampu merangkak, berjalan dan berlari sendiri selepas ini, aku lakukan sendiri. Setelah ini yang kau sajikan. Jika sahabat di sisi aku turut sama bersahabat dengan yang lain, apakan daya aku.

Hancur luluh tidak bererti aku harus jatuh seperti semester yang lalu. Aku berikrar untuk berdiri teguh kali ini walau ditiup angin kencang. Terlalu lama jatuh sehingga kecundang hebat di dalam gaung suatu masa lalu.

Bergelar jawatan sebagai pekerja untuk mahasiswa membawa aku melangkah ke satu fasa baru. Fasa bekerja. Alhamdulillah aku cuba adaptasikan sebaiknya. Walaupun masih terumbang ambing mencari rentak ombak dan melawan arus untuk bergerak ke hadapan. Manisnya pada mula dan bakal aku ketahui pahitnya nanti di akhir.

Percaturan terbaru menyaksikan aku wajib memimpin diri sendiri untuk terus berdikari. Terima kasih atas tawaran lumayan King. Aku cuba jadi yang terbaik dalam segenap aspek kali ini. Aku bakal lupa musim dajal 13 dan bernafas baru di 14.

Menjadi matang selantang bersuara di khalayak umum. Membentang isi bukan hanya berbasa basi. Punya perancangan tersendiri. Cukup catatan prolog untuk 4 minggu pertama ini. Walaupun banyak ceriteranya, namun inilah prolog aku di semester 4 di Kota Lendu.

Berharap kali ini,
Tolong aku untuk teguh.
Jangan biarkan aku terlalai.
Aku menghadapi kau setiap hari.
Irikan aku dengan kemanisan kau dan pelayaran istimewa itu dengannya.
Lama kelamaan aku mula menerima.
Tapi pada saat itu aku tidak lagi peduli padamu.
Dan jangan persoal kenapa lagi seperti dulu. 
Namun prolog kali ini berbeza.
Jalannya berbeza.
Menelusuri anak sungai deras.
Jangan memberi harapan pada aku.
Takut aku kejar dan kau terkejut.

Halaman lalu jadi saksi di ceritera baru ini.

Yours truly,
Blue x

Tuesday, November 19, 2013

Cinta - Jumpa atau Cari

Siapa menduga cinta bakal menyentuh hujung hati?
Siapa menyangka cinta mampu mengubah perilaku?
Dan siapa tahu bahawa cinta dapat melakukan apa?

Hai, aku tak mahu untuk berkongsi apa-apa mengenai cinta lagi saat ini setelah beberapa entri yang lepas. Namun, kerana menghormati kehendak dan masih memikirkan dirinya, so let's start with my special edition entry!

Pernah tak kau berjalan dan secara tiba-tiba terjumpa cinta? Bergolek datang pada kau lalu mendakapkan kasih mengundang rindu ketika berjauhan?

Pernah tak kau bawa sebuah kanta dan mengesan jejak cinta? Bagaikan seorang forensik mahupun detektif menemukan kesahihan bukti-- cinta nan hakiki.

Pokok pangkalnya samada jumpa atau cari ia tetap takdir dan ketentuan yang telah tertulis. Cinta yang dijumpai mahupun dicari akhirnya membawa kepada sebuah ikatan antara dua insan. Samada berhak memiliki hati mahupun sebaliknya.

Jika berjumpa jodoh kau, jangan persiakannya kerana dia mampu membahagiakan. Jikalaulah dia jenis membahagiakan. Kalau diri sendiri pun jenis yang mempermainkan orang lain serta sewenangnya mengungkap kata cinta sayang kasih rindu tak bertempat, yeah layaknya menangis satu malam dua kali kerana kehilangan.

Jika cinta yang dicari kau ketemu, bersyukurlah kerana apa yang dicari dan diingini berada di depan. Jikalaulah dia sempurna seperti yang diimpikan. Kalau diri sendiri selalu anggap dan menaruh harapan terlalu tinggi terhadapnya tak boleh jugak kerana tak semua yang kita inginkan dapat serta tak mungkin dia jadi milik kita lagi.

Cinta Masjid mahupun Cinta Platonik. Mampu berfikir dan cari maksudnya. Masa ini biarlah platonik aku harapkan. Bukan seseriusnya.

Jika cinta yang dijumpai adakalanya pandang pertama lalu kekal dan ianya terbaik. Mungkin.
Jika cinta yang dicari adakalanya terlalu memilih lalu terlajak perahu berlayar umur. Mungkin.

Namun cinta melalui 2 method tersebut-- jumpa atau cari sentiasa relevan. Jodoh itu di tangan tuhan. Ada jodoh tak ke mana. Tiba masanya adalah yang bertaut dan bertamu di kalbu.

Sesungguhnya aku di dalam mood yang sangat malas dan langsung malas menjana serta study tajuk ni. Masa ini aku lebih memilih untuk membenci kerana Oktober lalu. Biar aku begini. Aku harap kau faham kedudukan aku. Pinta aku agar teruskan aku membenci kau dan tidak mahu berfikir setiap tentang kau di setiap waktu.

Jika tak keberatan dengarkan lagu Najwa Latif - I Love You. Mohon jika berkesempatan. Apakan daya mahu memaksa.

Maafkan aku tanpa sebab dan Happy Anniversary.

***

Update: Aku tak tahu kenapa dia boleh ada keberanian untuk cari aku balik lepas beberapa hari aku dah tak nak cakap dengan dia. Aku off kan phone dan buat tak tahu apa semua. Aku malas nak scroll Twitter atau stalk tweet-tweet dia sebelum-sebelum ni. Kan kalau bagus Twitter ni ada button Mute? Tak payah unfollow, tapi mute. Senang sikit.

Time aku buka phone hari tu, tiba-tiba muncul dia. Macam mana entah dia boleh tahu aku dah on balik phone. Takkan dia tengok Last Seen dekat WhatsApp? Eh entahlah malas nak fikir daripada mana dia tahu.

So, demi nak cakap yang aku tak ada apa-apa, aku reply-kanlah kehendak dia dengan soalan "Cinta itu jumpa atau cari?"

Yours truly,
Blue x

Sunday, November 03, 2013

Day 4 - Comeback

Semua yang membuat istilah "comeback" akan membawa sesuatu perubahan. Jadi aku bagaimana?

Tunggu nanti. Aku cuma comeback dari berkabung sahaja. Aku mula aktifkan segala laman sosial. Termasuk juga dengan memuat naik satu gambar di Instagram.

Shila Amzah comeback dengan imej dia. Macam tu Miley Cyrus. Lupakan. Jadi? Aku kena tunjuk sesuatu kepada mereka nanti. Dalam masa yang singkat apa yang aku telah lakukan? Di dalam catatan Day 4 - Comeback ini aku takkan beritahu.

Aku memungut kata-kata kejatuhan aku. Aku cuba mengemis kata-kata kesat daripada semua. Aku tagih semua. Untuk aku bangkit. Aku cuba kembali. Kembali dengan sesuatu yang baru. Bukan Aku. Lihat sahaja nanti. Kita tengok nanti siapa yang akan jilat balik cacian dia tu.

"Kamu kaji balik kenapa jadi macam tu. Hanya kamu tahu kenapa kamu jatuh." - Kak Long, 2013.

Kali ni aku perlu sedar aku jatuh dan bila aku naik aku harus celikkan mata sentiasa serta berwaspada.

Nantikan tindakan aku.

"Kelantan 2012 Juara, Pahang 1992 Juara. Aku bakal juara sebentar sahaja lagi." Menyaksikan Piala Malaysia 2013.

Yours truly,
Blue x

Day 3 - Plan

"Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik baik perancang daripada segala perancang."

Aku hari ini hanya mampu merancang namun takdirnya nanti akan ditentukan Allah SWT. Desakan lalu mengajar aku untuk sekali lagi merancang sesuatu yang lebih terperinci dan terurus. Plan yang teratur perlu di susun bagi mendapatkan hasil yang baik.

Alhamdulillah, kesihatan aku makin pulih. Tinggal berbaki sisa-sisa mungkin. Dalam catatan Day 3- Plan ini aku berasa amat malas sekali. Kerana perancangan yang aku lakukan kali ini tidaklah perlu aku nyatakan di sini.

Perancangan yang belum mencapai 100% kemantapannya perlu dikaji dan dilihat keampuhan plan tersebut mengikut peradaran masa sekarang. Sulit untuk kita gunakan method lama di dalam fenomena baru kecuali ia di beri nafas baru. Method lama buat masa kini adalah sebagai pencetus serta pemangkin idea baru.

Tak mungkin berpaling lagi. Aku takkan berpaling ke belakang selagi ia tidak menuntut aku untuk menjengahnya. Selagi aku mampu melihat ke hadapan aku akan teruskan dalam perancangan aku. Aku masih di beri peluang kedua. Sentiasa di beri peluang kedua tetapi aku tidak pernah manfaatnya dahulu. Kini aku perlu membuat dan membaik pulih sistem perancangan lama kepada yang lebih terperinci, teratur dan memastikan aku mengikutnya.

Takkan aku biarkan peristiwa "Sudah terhantuk baru terngadah" lagi. Takkan aku bisa seperti "Hangat hangat tahi ayam" lagi.

"Melayu mudah lupa." Tun Dr. Mahathir.

Aku mungkin seringkali lupa. Tetapi kali ini tidak. Aku berjanji! Sebuah perancangan besar kala ini. Juga memerlukan tindakan yang besar.

Tersenyum sinis membayangkan Aaron Aziz dengan iklan dia tu. Well I'm full ketika ni menikmati Maggi Big Kari.

Saturday, November 02, 2013

Day 2 - Think

Biarlah aku memulakan ceritera ini dengan selepas catatan Day 1 - Movement.

Tepat sahaja jam menunjukkan 1130 malam selepas aku menekan butang PUBLISH untuk catatan Day 1 - Movement, terlihat aku pada satu email masuk dekat notification box. Perasaan aku seakan tak dapat menerima segala apa yang aku nampak kali ini. Fuck, no.

"Aku tak berguna." Itulah ungkapan pertama aku.

Aku membawa lara dalam sepanjang penghidupan ini di peluang ketiga. Sesal aku tak berguna lagi.
Bingkas berdiri aku di hari kedua ini dan berfikir. Berfikir sedalam mungkin sehinggakan demam, selsema dan batuk yang aku kira menjadi kombinasi hebat-- di tambah lagi dengan migraine. Cool isn't it?

Walaupun demikian, aku tetap berfikir masa depan yang bakal bermula sebentar sahaja lagi. Tiada guna lagi aku menyesal. Aku perlu bangun bukan biar rebah menyembah bumi. Jangan biarkan aku terus menyentuh rumput dengan dahi. Aku perlu menyentuh permaidani hijau ini dengan kaki aku sendiri. Sedangkan bayi bertatih, bangun semula gigih bertatih tanpa rasa jemu. Apakan aku? Buanglah rasa gundah gulana.

Aku berfikir sepanjang hari. Aku perlu bangkit. Menyuntik hati yang makin kebah. Merancang sebuah perjalanan baru yang lebih teratur dalam menggapai satu per satu visi.

"Kejayaan setimpal dengan usaha." Petikan khutbah Jumaat.

Ya, aku perlu ingat itu.

"Kegagalan itu merupakan titik permulaan bagi sesebuah kejayaan." Petikan tweet Hadi.

Kini, aku berfikir. Berfikir sedalam mungkin hingga ke dasarnya. Perancangan dalam percaturan terbaru ini. Aku perlu! Semalam menyaksikan aku memilih untuk bergerak melangkah ke hadapan. Dan inilah masanya. Aku akan merancang sehabis mungkin. Biarkan semuanya berjalan. Aku hanya mampu merancang tetapi Allah telah menetapkannya.

"Saya bersyukur dengan apa yang saya peroleh. Tak salahkan kita berusaha mahukan yang lebih baik untuk hidup kita?" Petikan dialog Iqmal dalam filem Syurga Cinta di TV2 hari ini.

Perlu berani dalam kehidupan baru.

"Kosong - Najwa Latif" playlist selesai sahaja memutarkannya.



Yours truly,
Blue x

Thursday, October 31, 2013

Day 1 - Movement

Sebuah langkah aku lakukan.
Anjakan paradigma dalam saujana mata memandang.

Celiknya matahari aku hari ini, menyaksikan sekali lagi permulaan dan peluang untuk kesekian kalinya hidup aku. Namun, aku tak jangka bahawa kerana semalam aku jatuh sakit sekali lagi. Gejala virus batuk, selsema dan demam mula hinggap pada tubuh keding aku. Semalam selepas menekan butang "SEND", seluruh tubuh tak selesa. Tindakan aku nekad menyah aktifkan semua akaun kecuali blog dan BBM. Ahhh, aku tak ambil peduli. Setelah apa yang berlaku, aku harus melangkah.

Memenuhkan hari pertama ini dengan memulakan rutin seperti biasa. Setelah itu, aku buka YouTube dan menari laju jari jemari di atas papan kekunci menaip nama-nama perubahan ikon yang aku minati. Aku melihat segala bentuk persepsi mengenai mereka.

Semua ikon aku minati, aku lihat langkah mereka ambil. Tak salah aku mencontohi mereka untuk melangkah jauh. Lupakan mimpi semalam dan melangkah ke hadapan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar di hari yang pertama.

Menanti esok pula.

"Sebagai Teman - Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti" berputar ketika entri ini di tulis.




Yours truly,
Blue x

Wednesday, October 30, 2013

N.

Menjadi tanda tanya 3 semester ini siapa N? Najwa Latif? Nelydia Senrose? Nabila Huda? Nasha Aziz? Nurul Nazar Nadia?

Okay semua salah. Tak ada kena mengena pun dengan artis. Dia macam perasan jugaklah. Actually, sorry dia orang lain. Kali ni bukan N yang sama macam setahun yang lepas atau 2 semester yang lalu tu. Ni orang lain. Lantaran berkatanya aku,

Matikan rasa.

Saat ini perkataan itu sering melintasi fikiran aku. Aku berasa celaru dan keliru. Macam mana aku nak matikan rasa sedangkan perasaan itu terlalu membuak dan terus berkembang pesat. Manakan nak bertahan? Tapi aku tetap perlu mematikan rasa. Teguh dengan perkataan,

Bukan untuk aku.

Itu juga yang turut menyesakkan trafik pemikiran aku. Namun siapa sebenarnya dia yang aku maksudkan? Siapa dia? Sebenarnya dia adalah seseorang yang masih aku nak kenal siapa diri dia, bagaimana hati dia untuk aku. Dia yang masih terlalu awal untuk aku bicarakan.

Dari persoalan yang ditanyakan, aku sengaja mencerminkan masa lalu kau. Entah kau sedar atau tidak mengenai itu. Aku sedang cuba biarkan kau memahaminya. Lantas aku membuat catatan aku sendiri.

Catatan Tentera Hati.
Kau bercita menjadi seorang tentera. Kau tak kisah samada tentera darat, laut atau udara. Asalkan ianya tentera. Kau mencatat dan aku membacanya. Kau meluahkan dan aku menelitinya. Aku tak perasan saat mula mengapa kau terlampau teruja untuk menonton sebuah filem peperangan yang bagi aku membosankan pada malam itu. Dan setelah saat itu, kini aku tahu jawapannya mengapa. Aku terimbau saat-saat itu kembali. Kau begitu memberi perhatian dan mengulas isi kandungan cerita tersebut. Aku tak menyangkalnya lagi. Di suatu masa yang lalu, kau kelihatan teruja di saat menyarungkan sut biru itu. Sut biru yang ramai remaja lepasan peperiksaan besar igaukan. Dalam penulisanmu, disebutkan jua keberadaanmu di sana bagaimana sebagai kehidupan sivik dan hidup 'tentera muda'. Aku memohon maaf kerana aku menembak kepercayaan kau menulis mengenai ini.

Catatan Menaip dan Menulis.
Kau pernah berkata di dalam penulisan kau dulu, seawal kau cuba menaip, kau lebih suka menulis daripada menaip. Itulah seawalnya yang tertera. Namun, setelah sekian lama kau mengatakannya di sana, menaip lebih kau suka daripada menulis. Dan pada saat catatan aku dimuat naikkan, kau memilih kedua-duanya. Kau kata yang kau suka menulis dan menaip. Aku memerhati setiap penulisan yang cuba kau sampaikan. Dua bahasa kau ketengahkan. Juga kau lakukan dua catatan di mana satu masih berjalan dan satu lagi masih terhenti dalam adiwiranya. Secara telus kau berkata tanpa selindung semasa menaip di dalam setiap penulisan yang kau paparkan. Dan aku memohon maaf. Maaf kerana aku mematahkan pena engkau dengan memprasasti mengenai kau dekt sini.

Catatan Buaya Darat.
Aku menulisnya dengan cara terbatas. Aku menulisnya juga kerana banyak sebab serta aku menulisnya melalui penulisan kau dulu-- dicatatkan pada Senyuman Terakhir. Aku tidak ingin melihat dari sisi negatif sesiapa dan aku tidak ingin juga menyatakan apa-apa di dalam mana-mana catatan kau. Sekali lagi aku membataskan isu ini kerana ia sangat berkait rapat dengan soal hidup aku mahupun masa lampau kau. Ringkasnya aku tak suka isu Buaya Darat berlaku sedangkan hakikat yang aku terima adalah di depan mata aku. Maaf aku menggigit masa lampau kau dengan mengisukan cerita ini. Maaf.

Catatan Penipuan.
Aku hanya mencerminkan diri aku pada hakikatnya. Aku tak berani berkata dan aku hipokrit pada diri sendiri. Kau sendiri yang kata jangan menipu diri sendiri dalam kita berbalas soal. Aku menipu dan aku tak jujur. Aku tak mahu kebenaran itu. Dan melalui soalan tersebut, aku tahu kau menanyakan soalan tersebut kerana orang lain yang lebih dekat dengan kau dan aku memberi jawapan terpesong dari apa yang kau minta. Aku lebih membawa ke dalam penceritaan dan tafsiran aku. Mungkin kau kata, setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing. Ya, aku juga tetapi kali ini bukan masa untuk aku jelaskan sesuatu yang tidak berkenaan sebenarnya di dalam soalan kau tanyakan. Aku mintak maaf dekat kau sebab aku menipu. Menipu diri sendiri dan tak berkata sebenarnya aku... 

Catatan Jarak.
Kau takut jarak boleh memisahkan kau dengannya. Kau takut akan kehilangannya. Kau fikir macam-macam. Dan aku menzahirnya melalui cerita aku. Maaf kerana aku tak seharusnya memetik kata-kata kau. Tujunya kau pada yang lain tetapi aku yang tersalah memetik kata. Maaf kerana jarak ini aku mampu berkata bertinta tetapi bersemuka tidak nanti.

Catatan Mann.
Aku cuba bertahan dari terlepas segalanya dalam entri itu. Kerana kau fikirlah sendiri mengapa semua aku ungkapkan di akhir entri itu. Jika kau bijak meneka kau akan tahu kenapa. Dan aku cuba tidak membayangkannya. Kerana aku takut. Takut untuk berhadapan dengan 6 bulan mendatang itu. Maafkan aku. Jauh dalam hati aku-- bersalah. Bersalah membiarkan kau bertambah runsing dan bengang.

Catatan Panas Baran.
Melalui detik ini menyukarkan sama ada perlu hapus atau elak. Sifat dan sikap yang ada aku cuba ketengahkan menjadi isu. Susahnya untuk berhadapan dengan panas baran sebab aku pun pernah hadapinya. Aku berfikir kenapa perlu ada sikap itu? Aku juga melihat penulisanmu yang menyatakan salah satu sikap kau adalah panas baran. Juga, kau turut berkongsi di dalam September 26, 2011. Maaf kerana aku menelitinya. Maaf kerana aku mahu mengambil tahunya. Pasti kau tidak akan pernah suka dengan semua ni. Sehingga sikap kau pun aku nyatakannya di sini. Maafkan aku kerana kau pasti akan panas dengan aku dan bertindak baran selepas ini. Maafkan aku.

Sesungguhnya aku mencatat beberapa entri yang lepas adalah hasil dorongan kau. Mungkin sepanjang Oktober ini? Bermacam cara aku cuba mengenal kau. Maaf kerana aku bersikap keterlampauan batas aku. Mesti kau tak suka. Aku cuba untuk berhenti. Berhenti untuk bermimpi. Kenapalah aku kenal kau. Kau dengan kehidupan kau, aku datang mengacau bilaukannya. Kau dengan pelayaran M kau, aku cuba datang membadaikannya. Aku sengaja mempermainkan nama M. Bodohnya aku mempermainkannya. Aku tiada hak ke atas semua yang mejadi hak kau dan hidup kau. Sepatutnya aku tak lakukannya. Biarkan kau dan jangan pernah mampir dalam ceritera kau. Dan ini adalah catatan terakhir aku mengenai kau.

Aku cuba untuk membenci kau sebagaimana pernah aku cuba lakukan. Seperti pernah aku katakan dulu "Ini adalah kata-kata terakhir aku. Status terakhir aku. Dan aku berhenti untuk mengatakan mengenai engkau." Agar aku dapat melupakan kau. Lesapkan kau dari fikiran aku. Aku nak terus membenci kau tanpa sebab. Buang kau dalam pusat pelupusan pemikiran agar kau luput sampai akhirnya. Maaf kerana aku ego, beraninya hanya di sini. Aku mahu kau membenci aku. Aku sengaja himpunkan segalanya di sini agar kau turut menyingkir dan memulau aku. Pulaukan aku sebagaimana pernah aku merasakannya atau juga pernah kau rasakan suatu ketika dahulu. Aku tak tahu samada kau akan berkata tak bagus pulau memulau ini atau apa je lah. Itu semua bakal kau lakukan. Biarlah apa kau nak kata tentang aku nanti kerana aku cuba untuk buang igau ini. Aku cuba lupa, benci dan sudah kesekian kalinya aku berkata ungkapan ini. Maafkan aku berbuat begini.

Jangan percayakan aku kerana aku tidak pernah mempercayai kau dan aku tak pernah jujur dalam setiap ungkapan aku. Kau takkan menyukakannya.

"Aku mahukan yang percayakan aku dan jujur terhadap aku." - catatanmu pada 06032011

I remember back then, you asked me with stupid question,

"Siapa N tu?"

Guess what? Should I tell you that N is you. Yes, you bitch. You. Can't you guess it? Oh atau kau memang dah buta. Mana nak nampak aku.

"Entahlah. Kau tak kenal dia," jawab aku.

Inilah sejarah terbaru aku dan biarlah menjadi tanda tanya terbesar dalam hidup aku sampai bila-bila.

Sekian.

Yours truly,
Blue x

Tuesday, October 29, 2013

Panas Baran - Elak Atau Hapus

So, kali ini aku, nak kongsikan sebuah cerita mengenai panas baran. Ya, mengenai panas baran. Aku menggunakan cara bercerita sekali lagi. Bukan kiasan. Mungkin menggunakannya sedikit? Kenapa tidak. Atau apa-apa je lah. Asalkan aku bahagia.

Sikap panas baran (banyak kali diulang), merupakan sikap yang tak semua orang ada. Mungkin?
Sikap ini didefinisikan mengenai seseorang yang cepat naik angin, melenting dan tidak sabar.

Mengapa terlintas unuk aku berkata kali ini mengenai isu ini? Kerana ini penjelasannya.

Semasa berada di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, pelbagai penglibatan aku cuba ceburkan diri. Aku mencuba sebab aku taknak diklasifikasikan sebagai seorang yang lemah dan terus lemah tanpa berbakti kepada sekolah mahupun diri. Cukuplah masa lalu aku di sekolah lama tidak seorang nampak fungsi aku selain menjadi seorang pemimpin tetapi bersukan pun tak pernah nampak. Kata mereka dahulu.

Jadi kali ini aku bangkit, buktikan pada orang lain yang aku juga mampu. Dan sewaktu di SM Teknik Pasir Mas, aku turut menyertai acara padang iaitu salah satunya Petanque. Apa itu petanque?

Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.

Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds tanques” yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bilamana seseorang yang bermain petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan dilakukan.

Jadi, aku sangat teruja menyertai pasukan petanque sekolah pada masa itu kerana telah ramai yang mengikuti permainan ini, namun hanya beberapa orang yang terpilih sahaja akan disenarai pendekkan oleh 2 orang Pelatih iaitu Cikgu Zubaidah dan Cikgu Kamariah (Cik Kam).

Setiap petang, latihan dan pemilihan secara berperingkat akan dilakukan. Tak kurang hebatnya Shayid, Saiful Ikmal, Sharul Izan dan Nazirul yang menunjukkan pengalaman mereka sewaktu menimba ilmu dengan senior sekitar tahun sebelumnya (2010).

Pada mulanya, permainan yang dianggap suka-suka dan menghiburkan menjadi semakin serius apabila debaran pemilihan serta penyingkiran bagi menetapkan 6 pemain tetap berlaku. Ketegangan dan kesabaranlah yang perlu diutamakan waktu ini. Senarai calon yang lain memang mudah untuk disaingi tetapi pemilihan tidak sahaja tertumpu pada kemahiran tetapi secara amnya melihat juga kepada sikap inidividu mengawal mental dan fizikal masing-masing.

Setiap kali game dijalankan, kami semua akan ditentukan kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang. Aku bertukar-tukar pasangan kerana tujuannya adalah Cikgu Zubaidah dan Cik Kam mahu melihat keserasian di antara kami semua bersama pasangan mana. Pemilihan pasangan perlu dan penting agar kami merasa selesa dalam 6 yang terpilih. Juga selain utnuk mewujudkan chemistry antara kami. 

Skip, skip, skip dan skip sehinggalah ke minggu terakhir pemilihan. Senarai nama 6 terpilih akan diumumkan sebaik sahaja jam menunjukkan 1830. Shayid, Saiful Ikmal, aku, Sharul Izan, Nazirul serta seorang lagi budak Form 4 yang dah aku lupa namanya. Secara kasarnya, kami berlima adalah pengawas sekolah.

Skip lagi, sehinggalah waktu latihan. Kami berenam digandingkan mengikut formasi plan yang telah dirancangkan oleh Cikgu Zubaidah dan Cik Kam. Mereka mempunyai plan tersendiri bagi memilih siapa yang bakal menggantikan bekas anak murid mereka yang tiada calangnya tahun yang lalu. Setelah pemergian senior kami itu (tak pernah aku kenal), maka Cikgu Zubaidah dan Cik Kam perlu mencari pewaris legasi yang seterusnya. Adakah kami berlima yang dicarinya?

Setelah latihan demi latihan dilakukan, aku akui bahawa permainan yang makin tegang dan sangat serius ini menyebabkan sikap panas baran aku secara automatiknya menjelma. Siapa tak kenal panas baran aku dalam asrama? Penghuni Blok Tingkatan Empat pasti takkan pernah lupa siapa yang akan menjerit, memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat kepada mereka dari bawah blok mereka ataupun dari blok Tingkatan 5 yang dipisahkan dengan Blok Tingkatan 4 melalui Dewan Makan ditengahnya. Dan mungkin rakan seperjuangan pemimpin asrama yang lain ingat aku pernah naik angin sehingga hampir pengsan dan muntah-muntah? Okay next.

Berbalik kepada Petanque sebentar tadi. Aku cukup ceria pada awal permainan. Namun apabila gandingan yang tidak kena, perancangan tidak tersusun, aku mudah melenting. Aku memaki hamun secara berhemah di hadapan ke dua pelatih. Mengomel sendiri sebenarnya.

"Ingat, permainan ini memerlukan kesabaran mental yang tinggi. Kalau awak gagal mengendalikannya, kecundang awak semua sewaktu perlawanan nanti." - (Cikgu Zubaidah, 2011)

Bagi yang melihat kami bermain permainan ini, mereka menganggap permainan ini cukup mudah. Tetapi hakikatnya, permainan yang perlu di kawal melalui mental ini cukup memeritkan. Psycho adalah misi utama para penentang kita.

"Awak main saya tak cakap tak bagus. Kami mahu memilih awak sebab awak ada kelebihan sendiri daripada 4 pemain 'senior' tersebut. Tetapi awak kena pandai kawal emosi. Kami berdua susah nak buat penilaian siapa yang akan duduk di Top 3." - (Cikgu Kamariah, 2011)

Ya, hanya 3 sahaja yang layak ke Peringkat Negeri. 3 lagi akan menjadi pemain simpanan. Keputusan Top 3 akan diberitahu sewaktu Perlawanan Peringkat Negeri berlangsung. Pada pagi tersebut, semua masih tertanya-tanya siapa yang bakal dijadikan pemain tetap. Kami semua di bawa ke SM Teknik Bachok dan setiba di sana, keputusan telah di buat. Shayid, Saiful Ikmal dan...

Top 3 di minta bersedia sebelum permainan. Segala kelengkapan dan persiapan dilakukan. Mental dan fizikal harus disetkan kepada tahap optima. Tidak dinafikan, beberapa pelatih lain turut menyapa pasukan kami. Mereka seakan memberi persoalan di dalam renungan mereka "Adakah kami akan mendominasi gelanggang kali ini."

Top 3, bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang. Cabaran yang selalu diingatkan selain  Psycho adalah cuaca. Cuaca yang tak menentu membolehkan ketegangan makin terasa. Tambahan pula cuaca panas terik. Makin menguji ketahanan mental setiap pemain. Sebelum sempat, jarum jam menunjukkan pukul 1 tengahari, pasukan SM Teknik Pasir Mas sudah mengundurkan diri daripada gelanggang.

"Kesilapan kami adalah memilih dia. Sukar untuk memilih antara awak dengan dia pada mulanya. Tetapi sekarang baru saya sedar." - (Cikgu Kamariah, 2011)

Kerana panas baran yang aku tunjukkan pada sesi latihan menyebabkan pemilihan Top 3 berpihak kepada insan yang lain. Sharul menunjukkan sikap tekun semasa membuat perancangan semasa latihan tetapi ketekunan itu memakan dirinya sewaktu di gelanggang sebenar. Dia banyak melakukan kecuaian dan antara punca mengapa mereka mengundurkan diri sebelum waktu getir.

Pada saat itu, aku kesal. Kata pelatih, kerana panas baran yang aku ada lah mengapa aku tak dapat peluang tersebut. Hanya kerana itu. Peristiwa lalu mengajar aku untuk berubah sikap.

Persoalannya, elak atau hapus?

Pada mulanya aku cuba mengelak dan mengelak. Lama kelamaan aku cuba hapuskannya. Mungkin masih berbaki sisanya. Aku pun tak pasti. Yang pasti aku akan berdiam tatkala aku mula melenting. Mohon maaf kepada sesiapa yang pernah melaluinya. Aku berleter lebih senang daripada aku jadi panas baran seperti dulu.

Dan kepada dia yang mempunyai sikap yang berkemungkinan ada di dalam diri. Cuba atasi kerana tiada guna sebenarnya. Sedangkan pada hakikatnya aku tidak pernah lihat lagi.

Yours truly,
Blue x

Saturday, October 26, 2013

Jarak - Pengajaran dan Pembelajaran Perpisahan

Aku rasa macam sebelum-sebelum ni entah ada orang faham atau tak apa yang aku post (sekitar bulan ni). So kali ini aku akan menghurai sendiri tanpa jawapan dari sesiapa. Barangkali, aku bukan lagi sesiapa. Aku ingin menggunakan pendekatan berbeza iaitu bercerita. Jadi, ini dia.

Jarak - Pengajaran dan Pembelajaran.

Matematik mengajar apa itu tambah, tolak, darab serta bahagi secara asasnya. Lanjutan itu, diperkenalkan pula pelbagai ilmu hisab bagi kita mencongak dan mengasah minda. Tidak lupa juga antara silabus subjek ini-- Jarak.

Sentimeter (cm), meter (m), kilometer (km) dan sebagainya.

Makin berganjak usia, makin kompleks jarak itu. Setuju? Nah, mungkin ada yang tak bersetuju. Tak apalah. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. As I mentioned dekat post-post yang sebelum ni. Aku hanya menyuarakan pandangan aku.

Sekali lagi, aku mengaitkan soalan di atas berkenaan dengan hati. Mungkin cuti semester kali ini aku banyak menghabiskan masa memikirkan dan menyoal mengenai hal-hal yang sebegini. Ya, mungkin aku mendapat komen yang tidak aku tahu samada pada aku atau siapa. Namun aku ambilnya sebagai positif.

"Bosannya. Kau asyik point benda yang sama. Kalau bawak ke mahkamah pun hakim mesti bosan."

Aku tak kisah, sebab aku hanya ada modal ini sahaja ketika ini. Dan aku bukan professional. Aku hanya menulis apa yang terlintas.

Berbalik kepada Jarak. Aku dah menyimpang sebentar tadi. Jarak membawa banyak ertinya. Kerana jarak kita boleh berpisah. Kerana jarak kita boleh bersatu. Dan kerana jarak, kita memikirkannya. Jarak mungkin jurang. Jarak juga mungkin jaring. Dan jarak mungkin jejak. Fikir sejenak. Jarak yang memisahkan kita mungkin sebagai suatu pengajaran dan pembelajaran. 

Mengajar kita tentang erti kejauhan, merindui dan memerlukan. Melalui itu kita belajar berdikari, kematangan dan mencintai. Aku tak punya hak untuk berkata mengenainya jika aku sendiri tak tahu apa itu jarak. Tetapi aku bawakan jarak itu melalui pengalaman aku sendiri.

Aku pernah dipisahkan bersama adik-beradik kandung aku melalui jarak yang merentang dari bersua muka.
Aku pernah dipisahkan melalui cantasan populariti yang melalaikan aku suatu ketika dahulu.
Aku pernah dipisahkan melalui pengasingan hidup berkeluarga di hantar ke asrama.
Aku pernah dipisahkan waktu mengenal soal hati.
Dan aku, aku pernah terpisah kasih yang takkan aku temui lagi setara dengan kasihnya seorang ibu.

Melalui perpisahan jarak itu, ianya mengajar aku dan aku belajar melaluinya.

Terpisahnya aku dengan adik beradik kandung aku--
Mengajar aku merindu pertelagahan antara aku, Kak Long dan Abang Ngah. "Walau dicincang air, takkan putus," barulah aku faham maknanya setelah berpisah.

Terpisahnya aku melalui cantasan populariti--
Mengajar aku melihat di cabaran dunia luar sebenar selain ditempat yang boleh aku katakan zon selesa, dikenali ramai. Dan cantasan ini aku telah diajar bagaimana hendak naik semula setelah berlaku kejatuhan. Aku di hantar ke sekolah Teknik menjadikan aku lebih banyak berfikir.

Terpisahnya aku dengan kehidupan luar melalui asrama--
Aku diajar bagaimana mengenali secara lebih dekat kehidupan sebenar berasrama. Aku menggalas jawatan Penolong Ketua Pengawas dalam sekelip mata mengalahkan pengawas senior yang bagi aku lebih layak menggalasnya. Dan aku berdikari bagaimana untuk menangkis permasalahan sebenar serta di asrama itulah aku berjumpa dengan seseorang yang biarlah aku menamakan insan tersebut sebagai "Kekuatan".

Kerana soal hati, aku memilih untuk terpisahnya melalui jarak--
Aku mengenalinya hampir saban hari dan aku memilih untuk membencinya melalui perpisahan jarak ini. Kerana jarak mengajar aku untuk menerima hakikat yang sesuatu bakal berlaku dalam perhubungan bila jarak menjadi aralnya. Sehingga kini aku berfikir.

Kerana perpisahan yang telah ditakdirkan, aku merindui belaian kasih seorang ibu seusia kecil aku. Aku tabah menerimanya. Tetap menerimanya walaupun aku tak kuat tatkala memikirkannya. Melalui jarak sekarang, 1 bulan lebih sebelum masanya tiba kembali jejak aku ke semester baru, aku masih mampu berkata-kata. Aku masih setia dalam mengingati senarai nama terpenting hidup aku. Namun, apakah yang akan berlaku di dalam jarak 6 bulan mendatang setelah masuknya semester baru?

Aku tahu, suatu perpisahan yang menyebabkan aku menitiskan air mata bakal berlaku. Aku tertanya mengapa perlu aku kenal engkau di waktu sebegini?

Sebuah percintaan, sebuah kasih, sebuah sayang, sebuah persahabatan dan sebuah kehidupan.

"Jarak yang aku bawakan kali ini adalah jarak kepedihan perpisahan."

Yours turly,
Blue x

Mann - Hati

Sekitar tahun 1997 - 1999 menyaksikan sebuah filem pecah panggung mengisarkan sebuah Cinta Perkapalan, Rose dan Jack (Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio) di sebuah kapal bernama Titanic. Mengangkat genre Epic dan Romance menjadikan filem ini hampir ditonton segenap masyarakat. Tarikan filem ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Tengok berulang kali pun, masih menitiskan air mata. Okay lupakan.

Dan pada tahun 1999, sekali lagi sebuah cerita lebih kurang Cinta Perkapalan juga dibawakan kepada peminat Bollywood. Lagi pula ketika itu, Musim Hindustan tak dapat dinafikan sedang melanda sekitar Asia Tenggara.

Cerita yang dimaksudkan adalah Mann yang bermaksud hati. Cerita ini juga pada awal babaknya, Dev karan Singh (Aamir Khan), seorang kasanova yang sedang dibelenggu hutang bersetuju untuk menikahi Anita (Deepti Bhatnagar), anak perempuan Singhania (Dalip Tahil), seorang usahawan berjaya.

Priya (Manisha Koirala) dan Dev bertemu dalam sebuah kapal. Di situ, mereka mula berkenalan. Dev merupakan seorang lelaki yang suka bermain kata-kata dengan mana-mana wanita yang ingin dipikatnya. Setelah bertemu Priya, mereka jatuh hati.

Tempoh akhir pelayaran tersebut, mereka telah berjanji bahawa mereka akan bertemu semula selepas 6 bulan di tempat yang telah dijanjikan.

Di dalam tempoh itulah pelbagai peristiwa berlaku.

***

"6 bulan mendatang, apakah yang akan berlaku pada hati?"

Aku mula berkata-kata pada diri sendiri-- apa yang akan berlaku kepada hati aku sendiri pada enam bulan yang mendatang. Ditinggalkan lagi atau disambut untuk kekal dijaga sama. Jelas bahawa sekarang masih tiada jawapan yang boleh aku ramalkan. Tiba-tiba aku rasa macam sayu sendiri mengenangkan apa yang telah terjadi dan bakal terjadi. What's gonna happen next in my life?

Adakah akan belayarnya pergi?

Yours truly,
Blue x

Friday, October 25, 2013

Penipuan

Hari ini aku tak bercadang nak tanya dia apa-apa sebab terlampau kerap sangat karang tanya soalan random pun tak sedap jugak. Kiranya hari ni memang nak bebas daripada dia. Kalau ikutkan, dah seminggu lebih tanpa henti kacau privasi hidup orang. Biarlah dia pergi mana-mana dia suka. Tak nak masuk campur sekejap.

Kebiasaannya, aku akan hantar setiap persoalan random tu tepat pukul 12 malam. So, kiranya dia kena dan akan standby lah masa tu. Kalau dia sedarlah. Tapi macam aku cakap tadi yang aku tak berniat nak hantar apa-apa pun. So, boleh pergi tidur ke apa.

Suddenly, beberapa minit lepas pukul 12, dia hantar satu mesej. Aku pulak yang menggaru kepala. Sebuah persoalan dilontarkan kepada aku.

Mengapa ramai manusia yang menentang penipuan merupakan yang melakukan penipuan?

Aku tak ambil keputusan untuk terus reply mesej dia. Boleh pergi baring dulu atas katil, merenung menghadap siling. Buka tingkap dan tengok bulan tengah mengambang masa tu. Agak-agak dah ready, aku capai phone semula. Lantas aku beri jawapan aku tersendiri yang aku tahu bukan seperti yang dia nakkan.


"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua."

Penipuan merupakan sebuah tindakan atau perbuatan menipu. Mungkin orang lain atau diri kita sendiri? Berbohong? Secara tuntasnya, manusia mengenali penipuan tu sejak azali lagi.

Penipuan dan manusia berpisah tiada.

Manusia sering bertindak. Bertindak membutakan melalui penipuan. Mungkin secara sedar atau separa sedarnya, manusia terlatih untuk menipu dan di tipu diri sendiri atau oleh orang lain. Mengikut perspektif yang diunjurkan pembentangan dalam fikiran, aku bawa maksud yang tersendiri. Bagai seorang yang menzahirkan tidak suka melakukan penipuan tetapi hakikatnya dia sedang melakukan tindakan tersebut.

Well, I don't know penipuan apa yang dimaksudkan dalam pertanyaan tersebut. But, you know dalam keadaan kita yang sekarang ni aku boleh nyatakan sebagai cara apa yang di depan mata. Tak tahulah ada benda lain lagi. Atau lebih mudah, perkara ni lebih senang difahami mungkin?

Konteks yang terlintas dalam kepala aku maksudkan adalah ibarat seseorang yang berselindung di dalam perasaannya sendiri. Seakan berpura. You feel something to someone but you deny it. Nah, maybe I don't talk about apa yang kau sedang fikir tu (or maybe yes).

Perasaan tidak pernah menipu. Tetapi berpura mempunyai banyak sisi makna. Kenapa berpura sedangkan hakikatnya tahu bahawa ia merupakan sebuah penipuan atau jelasnya hipokrit. Tak siapa yang mengajar kita menipu, berpura, hipokrit tetapi berbalik kepada asalnya iaitu diri sendiri yang mengajarnya.

I'm so sorry if this macam tak kena je. But, at least boleh jawab serba sedikit. Kalau tak kena pun, nak buat macam mana.

Kadang-kadang kita menentang penipuan tu demi kebaikan diri kita sendiri biarpun sebenarnya kita tengah lakukan penipuan tersebut. Demi kebaikan-- kita terpaksa menipu. Apa je yang terbaik untuk dilakukan selain itu? Bercakap jujur tapi memedihkan dan memecah belahkan? Andaikanlah penipuan itu yang lebih berhak pada saat tersebut. Mungkin.

Aku tinggalkan kata-kata tersebut dengan rasa yang bersalah. Seolah aku sedang bercakap soal aku. Yang sedang dan lagi hipokrit. Lalu aku terus ke katil semula dan membiarkan dia sendirian di situ.

"Jangan tipu diri sendiri," dia tinggalkan pula lagi satu ayat penyata yang membawa persoalan kepada aku.

Yours truly,
Blue x

Thursday, October 24, 2013

Buaya Darat - Memperguna atau Mempermain Hati

Buaya Darat, mempermain atau memperguna hati?

"Tujuan boleh menyebabkan kedua-duanya releven. Sesetengah permainkan hati kerana sifat sukakan perhatian dari inidividu yang lain.

Boleh juga pergunakan hati untuk tujuan lain, sebagai contoh; Ali dimainkan oleh Siti. Abu pergunakan hati Siti untuk dihancurkan sebagai dendam rakan karibnya, Ali."


Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku masih lagi menunggu jawapan daripada dia. Aku sangka dia takkan reply sebab mungkin dia dah malas nak jawab. Tapi tiba-tiba, notification phone berbunyi. Cepat-cepat aku bangun dan mendapatkan phone yang tengah charge dekat atas meja. Aku macam berharap dia akan reply lagi panjang tapi tak. Biasa je. Aku macam tergaru jugak kepala nak fahamkan ayat dia ni. Biasalah, pukul 4 pagi macam ni kadang-kadang sel otak tak berhubung.

So, back on the topic.

Buaya darat-- lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Itu kalau buaya darat. Tapi kalau haiwan yang bernama buaya, dia memang hidup dua alam-- darat boleh, air boleh. Okay, tak ada kena mengena.

Apa yang cuba aku sampaikan dekat sini adalah apa dia Buaya Darat ini sebenarnya?

Secara logik, ideologi yang sering dihidangkan kepada kita adalah seorang lelaki yang memainkan atau menukar pasangan secara sewenang-wenangnya ibarat pakai buang. Pakai bila perlu, buang bila tak guna.

"Habis madu, sepah di buang?"

Mengapa aku ungkapkan, memperguna atau mempermain hati? Secara ringkasnya, mereka-mereka ini adalah individu yang mempergunakan pasangan mereka sesuka hati. Mempergunakan mengikut kehendak hati. Mempermain hati pasangan tanpa memikir perasaan individu yang menjadi mangsa dia. Mempermain-mainkan hak hati.

Okay kejap. Aku kena chill. Tiba-tiba aku rasa macam nak meluap to talk about this thing. Macam sangat relatable pulak dengan kehidupan yang lepas. Ya ke? Aku sendiri tak tahu kenapa dan mengapa sebenarnya. Jelas, sesuatu yang terselindung. Aku tak menyalahkan sesiapa. Mungkin ini yang perlu diterima oleh mangsa-mangsa buaya darat di luar sana?

Sorry, aku rasa aku kena berhenti nak bercakap panjang lebar berkenaan ni.  Kepada seseorang, kekallah perubahanmu.

Buaya Air.

Yours truly,
Blue x

Wednesday, October 23, 2013

#NAAEK: Nadim. Anonim. Abstrak. Ekstrapolasi. Kompleksiti

"Nukil. Agung. Abadi. Emansipasi. Kolaborasi"

Dekat post yang lepas, aku tak terangkan dengan nyata dan jelas kenapa aku mendefinisikan "NAAEK" kepada Nukil, Agung, Abadi, Emanispasi, dan Kolaborasi. Sebab rasa macam sedih sangat dulu masa nak menaip. Mana tidaknya, pasal sahabat kot? Here we go.

NUKIL - Kita berlima menukil cerita yang tak pernah dijangka sama sekali sepanjang hampir memasuki penggal yang tidak berpenghujung.

AGUNG - Persahabatan ini kita agungkan. Persahabatan ini kita utamakan. Prima NAAEK itu sendiri menjadikan kita dekat satu sama lain.

ABADI - Pertalian ini, keakraban ini kita kekal abadikan dalam sanubari. Takkan terpisah selagi masa masih ada, tanpa aral melintang.

EMANSIPASI - Bebas atau emansipasi. Satu saat bersama kita bebas bersuara, bertindak dan bebas berfikir siapa kita di dalam kehidupan ini.

 KOLABORASI - Segala yang berlaku kita bersama. Kita sering bergabung mental dan fizikal walau di mana keberadaan jasad ini. Sedari NAAEK mungkin sempurna terlihat satu sama lain.


So, kali ini aku bawakan pula sisi lain NAAEK tu sendiri.

"Nadim. Anonim. Abstrak. Ekstrapolasi. Kompleksiti"

Nadim kita mempercayai, membina ukhwah tanpa memikir latar belakang mahupun sejarah hitam. Mengenal hati budi, sikap dan melengkapi kekurangan diri. Aku sedar bukan senang untuk menerima siapa aku. Tapi mereka menghakimi aku seadanya dan menerima aku apa adanya.

Kita membina anonim kita tersendiri. Kita kekalkan panggilan kita. Maka terbinalah NAAEK yang aku sangat takut akan kehilangannya. Anonim yang kita ungkapkan Bella, Alfiqah, Aanina, Epulina, Kecikaro membuat kita tergelak tawa. Okay, part ni malu sebenarnya. Berdekah aku nak tulis.

Sebuah erti yang tidak dapat dinyatakan. Abstrak-- tidak dapat kita terterakan apa itu NAAEK sendiri. Susah ditafsirkan dalam bentuk, objek, jasad mahupun sesuatu yang mampu dilihat dan disentuh. Abstraknya persahabatan kita. Ibarat tiada tanding taranya.

Namun, pernah kita terfikir masa hadapan kita? Jangkaukah pemikiran kita ke arah relungan masa hadapan? Kita mampu membina seribu kata, seribu kenyataan, seribu fakta bagi menjangka di masa akan datang. Tapi mampukah kita lihat tersendiri ekstrapolasi NAAEK suatu hari nanti? Hanya mampu berdoa.

Sesungguhnya, kerana kompleksiti hubungan kita ini menjadikan kita semakin cekal, akrab dan senantiasa bertaut dalam untaian yang tidak mampu dileraikan walau sekompleks mana sekali pun. Urat darah yang mengalir seakan sudah tersalurnya perkataan NAAEK itu.

Biarkan waktu berputar merentangi arus perdana. Kita kekalkan persahabatan kita.

NAAEK akan mati terkubur di dunia tapi tidak mati dalam kenangan.

Tuesday, October 22, 2013

Menaip dan Menulis - Percambahan atau Penjanaan

Hari ini adalah hari kedua. Seperti biasa, aku akan tinggalkan dia dengan satu pertanyaan yang sangat random setelah berjam-jam lamanya text to each other. Aku tak tahu lagi kenapa aku perlu buat semua benda macam ni. Tapi aku rasa, aku suka tentang satu perkara-- dia takkan pernah "tidak" pada setiap kalinya terzahir setiap persoalan aku.


Menaip dan menulis, percambahan atau penjanaan?

"Percambahan yang akan menjanakan idea baharu dalam memastikan fikiran terus mendapat ilmu yang baru."

Pengolahan yang diberikan sangat mendeklarasikan erti. Tidak ada yang perlu menyangkal kebatilannya. Sebab setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang setiap perkara yang berada di kotak pemikiran. 

Menaip dan menulis, kedua-duanya merupakan sebuah tindakan atau perbuatan. Yang membezakan kedua-dua tersebut adalah menaip menggunakan papan kekunci melalui mesin dan menulis menggunakan pena. Ada yang suka menulis atau ada yang suka menaip. Well, dalam dunia serba moden macam ni, I guess menaip tu lebih mudah daripada menulis.

Kewujudan blog dan beberapa medium lain yang bersepah dekat Internet ni lagi kukuh untuk orang lebih memilih menaip daripada menulis. Oh kejap, maksud aku dalam konteks menulis dan menaip ni kiranya dalam bentuk penulisan kreatif atau menulis diari mungkin? Bukan apa-apa yang lain.


Menulis dan menaip perlu dalam menjadi seorang penulis yang dihormati. (Asmadi Hussin, 2011)


Dulu, sebelum aku kenal Internet dengan kehidupan ada blog ni, memang setiap malam aku gigih menulis diari dalam buku tulis sekolah yang ada lebih tak guna. Kalau dapat kumpul duit lebih sikit, baru pergi ke stationary shop, beli buku yang elok dan cantik. Disebabkan dah lama menulis dan dah biasa mencatit dalam buku, jadi aku memang rasa janggal kalau terlalu fokus menulis dekat blog pada awal-awalnya.

So basically, aku menulis bagi mencatat dan aku menaip bagi merekod. Mencatat dan merekod merupakan tabiat yang aku rasa tak pernah jemu nak buat. Sebab angan-angan aku suatu masa dulu, kalau contohnya semua catatan aku ni dapat compile dan jadikan buku memang berbaloi sangatlah. Siapa je yang suka menulis tak ada niat nak keluarkan buku, right? Ke aku je berangan ni.

Prasasti aku di sini.

Setiap kali menulis, aku menjana pemikiran, mencatat segala terlintas serta aku gembira melihat gerak tari pena tersebut. Setiap kali kita menaip sebenarnya bagi aku, kita mencambah idea dan merekod mengikut pancaindera yang ada ni. Bagi aku, kalau setiap kali aku menaip, aku terhibur dengar bunyi keyboard. Dia macam muzik yang tersendiri untuk aku. Me being crazy.

Penjanaan minda, percambahan idea. Suburnya pucuk kerana air menjana percambahan benih. Menulis serta mencatat refleksi penjanaan serta percambahan ilmu.

Oh by the way, to my beloved kakak saudara, Kak Zahirah novelis Nota Adania, yang sering menyokong aku sebagai seorang penulis which aku yang selalu tertipu dalam penerbitan catatan pertama aku, terima kasih. Entah bilalah orang nak berhenti menipu dalam dunia penerbitan buku ni. Dah letih asyik di tipu publisher.

Dan juga kepada dia yang turut berdansa di gelanggang papan kekuncinya tersendiri melalui eksperimental adiwiranya, semoga berjaya. I know you can do it better than anyone. 

Catatan Hati.

Yours truly,
Blue x

Monday, October 21, 2013

Tentera - Pejuang atau Penghambaan

Satu mesej di hantar. Aku tak tahu kenapa selepas menelaah segala benda yang ada pada blog dia, aku cuba kumpulkan beberapa kata-kata utama dan bertanya pada dia. Entahlah, aku tak tahu sebab apa aku ada keberanian ini.

Perbezaan: Tentera Laut dan Tentera Darat, pejuang atau penghambaan?

Perbezaannya adalah Laut dan Darat. Pokok pangkalnya, kata dasar kedua-dua tersebut adalah Tentera. Yang membezakannya pula adalah Laut dan Darat.


Sebuah deklarasi yang diberikannya adalah "Mungkin pekerjaan dalam aspek perjuangan."

Tentera dan Perjuangan merupakan istilah yang sinonim. Apabila melibatkan Tentera maka secara tidak langsung ia berkait rapat dengan Perjuangan. Aku melihat dan mengukurnya dari sisi kaca mata sendiri. Secara jelasnya, Tentera juga melakukan Penghambaan. Penghambaan? Kita alihkan maksud sebenar "hamba" itu dan kita positifkannya. Penghambaan yang aku petikkan ini mengingatkan aku pada ungkapan ini.


"Tentera, Pejuang dan Hamba."  (Asmadi Hussin, 2010)


Puas aku berfikir saban hari. Dan aku terpukul dengan kata-kata tersebut. Dari kecetekan pemikiran, kenapa tentera dikatakan hamba? Sedari itu, aku menelaah dan membelek helaian demi helaian putih dan digital. Menghurai kata yang dilontarkan secara umum.

Naifnya aku tidak berfikir secara wajar. Lalu aku cuba untuk mendapatkan kepastian tersebut. Cikgu Asmadi sedia menanti rupanya, siapa yang bakal mempersoalkan kenyataan dia tempoh hari. Dan dia sudah bersiaga yang disertakan jawapannya.


"Hamba secara kasarnya bererti sengsara. Tetapi dalam pada saya ianya aman. Awak cuba fikir sejenak, penghambaan kepada Allah? Amannya hati berhambakan pada Allah. Tentera dan Penghambaan saya definisikan Keamanan."


Mereka menghambakan diri sebagai pejuang keamanan. Dia cuba menyampaikan apa yang tersirat. Aku terdiam sebab aku tahu, dia sedang mengolah lagi pemikiran anak muridnya ini untuk berfikiran lebih jauh. Makna asal tidak menghadkan penggunaannya. Jangan terlalu bergantung pada satu kata dasar untuk memahami.

Juga kepada dia, moga M16 dan sebagainya itu bakal kau genggami.

Tentera Hati.

Yours truly,
Blue x

Sunday, October 20, 2013

Aidiladha 2013: Pengorbanan

Insan yang sama menaip di sini. Blue.

6 hari berlalu. Berlalu daripada Aidiladha 1434H. Mungkin sekarang merupakan suasana bertemu keluarga tercinta mahupun segalanya yang mengeratkan silaturrahim, mungkin. Mungkin apa sahaja yang membahagiakan mahupun menderitakan.


Erti Aidiladha: Kosong

Kosong dalam perasaan yang tiada maknanya. Konteks yang hilang dalam persuratannya. Lemah tak berdaya meraikannya.

Episod lalu seolah tidak wujud dan seakan sebuah prekuel yang akan diterbitkan entah bila waktunya. Skrip sudah siap namun pelakonnya sudah hilang lesap di alam tidak bermaya.

Beradu di dalam dimensi yang tidak berdinding, bermimpi dan melayari bahtera menuju pembayangan prekuel tersebut:

"Mak, harini ada apa dekat taman?"
"Kamu pergi lah ikut Shima, Kak Shahirah, Arif, Piqah, anak Cik Zah semua tengok diorang sembelih lembu."
"Ohhhh, ya ke? Nak tengok! Nak mandi, nak siap-siap! Mak mana baju raya?"
"Mak dah gosok dekat dalam bilik tu. Mandilah cepat. Siap-siap. Nanti kawan kamu sampai, kamu terkial-kial lagi baru nak bersiap. Cepat."
"Baiklah Kak Biahhhhhh!"
"Cepat. Kejap lagi kawan-kawan dah nak sampai tu."
"Okay Mak! Okay dah siap mandi. Baju, baju, baju, ba....ju?" watak ini terdiam dan memendam perasaan. Dia marah dan mahu membentak.

"Kenapa baju raya ni sama mak dengan baju raya haritu?"
"Kan raya haritu pakainya sekejap je? Pakailah sekali lagi."
"Alahhhhh! Semua pakai baju baru! Nanti malulah orang! Taknak raya!"
"Kamu ni, raya tahun depan kita belilah baju baru. Mak takde du..."
"Ahhhh penipu! Biarlah mak tak sayang orang!" watak ini kemudiannya berlari dan mencampak baju itu selepas dipijak semahunya-- di depan mata seorang insan bergelar Mak.

"Assalamualaikum... Epulllllllllll pul pul pul pul~ Jomlah raya! Pergi taman tengok orang sembelih!"
"Jappppp! Aku nak siap ni!" watak kembali mendapatkan Mak. "Biarlah Mak! Hmmm Mak saja je buat Epul takde baju kan? Bye bye, nak keluar!"

Mata tersedar.

Mampukah aku bertahan mengenang imbasan lalu yang aku tahu sebenarnya aku bersalah. Erti sebuah pengorbanan arwah Mak tetap aku takkan pernah lupa walau sedetik. Seusia kecilnya aku tak mampu berfikir jerih yang Mak lalui. Pengorbanan Mak yang dipersiakan dunianya.

Dan aku berkorban kasih terpisah sekian lamanya. Berkorban atas pemergian yang takkan tanah itu tergumpal menjadi sama sepertinya lagi.

Mak, orang mintak maaf.

1963 - 2005.

Yours truly,
Blue x

Tuesday, October 15, 2013

Epilog: Halaman Ketiga Lendu

Perit jerih yang aku renangi ternokhtah pada 13 Oktober yang lalu.

Menyaksikan Prolog yang tiada hentinya berharap dan sering berharap. Dalam harapan-- aku memulakan langkah dengan mencari rakan seketawa di dalam alam maya. Mengharap agar samanya aku ketawa di dalam maya, sama seperti tawanya di dalam realiti. Pedih apabila hakikatnya tak seperti yang aku jangka. Ternyata aku cuma insan biasa-- tidak teristimewa pada sesiapa.

Kemudian aku berada di sebuah pulau yang diciptakan barisan kebencian. Aku melebihi bayangan. Sedih dengan penghidupan yang berharap agar diterima kerja tetapi sebenarnya tidak. Lalu aku memilih untuk mematikan diri.

Ujian yang masih berbekas sisanya membuatkan aku terlantar dalam jangka waktu yang aku tidak tahu pendek panjangnya. Melihat tangan yang sakitnya mencengkam hirisan dicium tanah. Harapan aku agar sembuh.

Cinta yang tidak mengenal batasnya kembali menghambat nafsu. Sakit menerima. Derita membenar. Khayalan semata. Susah untuk aku cuba aku menghalang. Dan semua menyebabkan rasa aku terhuyung-hayang.

Mengejar seribu kemahiran sehinggakan lupa pada tuntutan. Penyaksiannya melihat tanda itu. Rasakan sendiri kejatuhan mendadak. Inikah tujuan aku ke sini?

Mencapai mimpi igauan aku. Setia dan berusaha. Dendang alunan. Gelaran dan kilauan. Aku mengejarnya seperti idaman aku.

Dan pengakirannya bila aku sendiri terkandas dalam sebuah perasaan pada N. Kenapa? Dan aku tahu sebenarnya aku yang salah. Hentikan, hentikan.

Masih di dalam Epilog yang sama seperti sebelumnya, kah?

Yours truly,
Blue x

#NAAEK: Nukil, Agung, Abadi, Emansipasi, Kolaborasi

Sekali kita bersama, selamanya kita akan tetap bersama.

Di kehujungan waktu yang lama aku nantikan, setelah 3 halaman berlalu, ketika inilah terdetiknya untuk aku bertinta. Bertinta bukan sekadarnya seperti desir hamparan waktu, namun tidak juga untuk mengombakkan perasaan yang selama ini karam dalam fantasi.

Kita berkayuhan dalam erti desakan tugas sendiri yang kita lalukan.

Nukil, Agung, Abadi, Emansipasi, Kolaborasi -- demi melengkapi kekosongan ruang. Demi menjaga dan teguh bersama. Dan demi setelah terbinanya satu sampan yang bermudikkan persahabatan.

Jatuh, bangun kita bersama.
Suka, duka kita bersama.
Sakit, senang bersama.
Canda, tangis, ketawa, damba kita bersama.
Tetaplah selalu bersama.

Sayangnya sebuah ikatan hingga segala peribadi di dalamnya kita kongsikan. Pertalian yang hingga saat ini makin menelan masa. Walau berbeza antara kita mengilustrasikannya, berbeza kita mengalunkannya, berbeza mengoraknya-- tetaplah bersatu.

Kematangan kita konkritkan.
Hentakan biduk sama kita palukan.
Walau 5 hati berasingan.

Biarlah masa menentukan haluan kita. Jika tidak mampu kita tentukan haluan masa.

"N.A.A.E.K"

Yours truly,
Blue x

Tuesday, October 08, 2013

Berbelah Bahagi

Tika dan saat ini, aku berbelah rasa, berbahagi kasih. Yang mana aku mahukan, yang mana aku perlukan. Nokhtah tidak aku temui. Buntu makin ku kecapi. Mengejar bayang yang terbitnya pada bulan dan terbenamnya pada mentari. Persoalan yang tak tertanda pada kertas objektif. Tidak sekali.



Terima kasih kerana mewakili kata-kata aku.

Yours truly,
Blue x

Saturday, October 05, 2013

Bukan Untuk Aku

"Kau tahu sebab apa? Sebab aku sayang kau."

Aku terdiam saat tu. Waktu terhenti dari berputar.

Apa maknanya sayang tu? Bagi kau dia macam gula-gula? Bagi kau dia macam tak ada harga? Bagi kau dia cuma satu ungkapan untuk menangkan hati orang untuk kesenangan kau sahaja?

Maaf, kau bukan untuk aku.


Yours truly,
Blue x

Sunday, September 22, 2013

Kamar

Kiranya last week, aku volunteer diri nak ikut pergi beli barang untuk kolej. Agak bosan kebelakangan ni bila weekend asyik buat kerja dalam kampus. Event pula berlambak. Lepastu, asyik jumpa orang yang sama dekat mana-mana. Bosan, bosan dan bosan. Sana kau, sini kau, situ kau. Nasiblah dalam mimpi orang lain, selain hantu puaka tu.

So, agak banyaklah kami beli barang. Walaupun masa tu aku tak beli apa-apa pun, tapi merasa jugaklah macam shopping. Angkut barang banyak-banyak masuk kereta dan gelak sampai tak ingat dunia. Juga karaoke. Banyak jugaklah tempat kami pergi. Pusing sekitar Bandar Melaka dan beberapa tempat lagi. Singgah dekat Coconut Shake Klebang, satu Tweet masuk. Terus check phone.

"Amboi, berjalan sakan hari ni. Malam ni datang event orang tau!"

Tertelan jugak air liur aku tengok Tweet tu. Memanglah takde apa-apa yang manis ke apa, tapi kau faham-fahamlah perasaan tu. Yes, check-in sangatlah penting dalam dunia sekarang ni, selain nak naikkan jumlah Tweet, ia juga fungsi menunjukkan kau boleh pergi banyak tempat selain Lendu tu je. Jadi, melalui check-in tu semua tadi yang buat mention aku.

Flipping back time, bermula dengan senyuman dia beberapa kali sem lepas setiap kali terserempak membuatkan aku macam terbayang-bayangkan dia. Simple je. Kira sopan dan sedap mata memandang. Tak kiralah banyak kali pandang pun mesti tak jemu. Aku tak tahu yang dia follow Twitter aku. Kalau orang lain pun tak perasan. Apa jenis account-lah masa tu aku fikir letak nama "fries".

Quiet active jugalah kami selalu bersembang dekat Twitter. Disebabkan kes sebelum ni dah pernah terjadi bila rapat gila dekat Twitter tapi bila berjumpa depan-depan macam tak kenal, so aku macam berhati-hati jugak dengan dia ni. Manalah tahu kena friendzone lagi ke?

Tapi tak. Dia ni jenis yang tak macam tu. Bila jumpa, dia akan senyum tegur sepatah dua. Sambil pegang air dalam cup plastic jernih tu. Kalaulah aku yang cup plastic tu, meraung indah.

Bila balik bilik, mesti tersenyum, sengih sorang-sorang sebab tengok Tweet dia. Dia macam ada satu spot dalam bilik atas katil tu, duduk dalam posisi yang sama, adalah perfect untuk diskripsikan best-nya duduk dekat tempat tu. Mesti orang takkan faham. Biar aku je faham sebab aku yang rasa manis, bukan orang lain.

Aku tak pastilah kenapa. Dalam banyak-banyak tempat dekat bilik ni, kalau duduk menghadap angle atau spot atau dalam posisi yang aku selalu buat ni dekat bilik yang aku berada sekarang, mesti akan automatik teringat dia. Sebab entah kenapa, luck aku bila duduk tempat atau angle tu mesti waktu tengah borak atau apa-apa je pasal dia.

Duduk dekat bucu katil menghadap pintu yang terbuka dan cahaya matahari masuk dari celahan dinding konkrit. Lalu macam hadir bayang dia. Okay ni dah angau.

Lately, mungkin dia busy atau apa entahlah tak dapat nak pastikan bila dia pun jarang balas WhatsApp. Walaupun jarang texting dengan dia, but sometimes sunyi tetiba dia ada, dulu. Now, dah lain sikit. Aku macam tak letak harapan apa-apa sebab akan tahu jadinya seperti hari ini. But you know me, benda sentimental macam ni lah yang aku akan ingat sampai bila-bila. Ceh.

Berbalik semula pada Tweet tadi, so, aku macam tak nak pergi sebab dah letih berjalan sakan seharian. Balik mesti nak kemas baranglah apa. Ehhhhhhhhh, malam tu sampai je dekat gate UiTM, terus menghala ke sana kereta kawan aku ni. Rupanya awek dia pun budak business.

Apa-apa jelah.

"Adik sihat tak?"
"Sihat. Dah makin comel dia."
"Aaa ya ah tu. Tengok dekat Twitter!"
"Sama macam saya tak?"

Hari ni, dia dah MIA. Satu apa pun dia dah tak reply. Kalau dalam 2 3 hari reply Tweet dia, tapi dia tak reply, dah tahulah maknanya tu. Boleh fikir sendiri.

So, aku dengan ini, back off.


Yours truly,
Blue x

Monday, September 09, 2013

Serentak

Sejak semalam, aku rasa akan ada yang tak kena lepas aku dapat peluang jadi emcee dekat event fakulti business, Voice of Siswa. Banyak kali jugaklah aku terbayang-bayang apa yang akan berlaku. Tapi, siapa tahu yang semua benda tu just mainan fikiran aku je. Jangkaan aku ni bukan boleh pakai sejak dua menjak ni.

Aku cuba chill walaupun sebenarnya... okay tak. Aku okay.

Most of the time lepas dua benda yang aku dah lalui sebelum ni, lebih kurang sama je patern-nya, jadi aku ambil keputusan untuk tak lagi menaruh harapan dengan sesiapa. Dengan kau aku selesa berkawan, dengan kau pun aku okay je nak berkawan. Semua orang kawan.

Maka, tibalah hari yang penuh dengan debaran yang tak tahu sebab apa. Sampai dekat Padang Kawad, terus ke khemah organiser. Lepas dah diberitahu apa semua plan malam tu, then terus buat kerja. Setakat awal ni, masih belum ada apa-apa yang boleh buat konsentrasi tu terganggu.

Aduh, partner aku seorang ni bercakap macam machine gun tak berhenti. Bukan main aktif habis satu kawasan Padang Kawad tu pergi berjalan bawa mic. Agaknya kalau mic wireless tu boleh guna jalan satu kampus ni, mahu agaknya ke bilik budak, ke office Polis Bantuan dia pergi.

So, sampai dekat khemah student, partner emcee aku yang perempuan ni bukan main ghairah lagi tanya soalan apa. Dan, dari situ, satu lirikan mata tepat terus tertancap pada aku. Shit, macam manalah aku boleh tak sedar kau ada dekat situ. Macam manalah aku boleh tak perasan. Bukan main lama aku berdiri macam orang gila dengan perempuan ni. Fuck.

Aku terus tukar topik perbualan serta merta tarik partner aku naik ke pentas. Kalau dia still tak nak naik, aku heret je tudung dia dari belakang seret naik atas pentas. Nasib baik dia macam faham sign aku tukar topik.

Masa tengah aktiviti lain sedang rancak berjalan, aku terus ke gerai Abang Am tengok apa yang boleh di beli nak makan. Aku main redah as always terus masuk ikut belakang. Kak Watie tanya nak makan apa, sambil-sambil tu tolong jugak diorang berdua dekat situ.

"Ah, bang manis, nak air satu."

Aku terus terpandang sebaik sahaja dengar suara tersebut. Tuhan, kenapalah semua orang nak ada dekat tempat ni. Senyuman diberikan tanda aku macam hormat dengan keputusan dia dulu. Duit dihulurkan.

"Multitask teruk eh? Emcee lagi, jual air lagi."

Gelakan tak berapa nak ikhlas aku tu menunjukkan aku tengah busy bungkus air dekat orang lagi. Sebaik batang hidung dia dah tak ada dekat situ, aku beritahu Abang Am dengan Kak Watie nak beredar. Karang entah siapa lagi nak jumpa bersembang tengah bungkus air.

Dalam cepat nak lari ke khemah itulah, dia ni pulak datang dari tepi. Kulit dia yang putih di tambah suluhan spotlight tu lagi buat aku macam terpana sekejap. Dia tersenyum sambil selak sedikit rambut dia. Cepat-cepat lagi aku berlari ke khemah. Tak boleh layan perasaan, tak boleh layan perasaan. Banyak kali aku cakap dalam hati.

Aku terlupa yang ni event budak business. Memang tiga-tiga ni serentaklah ada dalam satu tempat. Fuck my life.


Yours truly,
Blue x

Wednesday, September 04, 2013

Sinar Yang Aku Takuti

Sinar itu dilitupi dirinya berwarna merah jambu, biru dan kuning. Masih ingat aku menegur. Malu berkata. Namun bagaikan inginnya di hati.

Tertarik aku bila ia memberi isyarat yang sendiri aku mengerti. Tetapi benarkah hijau tandanya? Selalu aku memberanikan diri untuk mengejarnya. Menanti setiap subuh untuk memberi ucapan selamat. Semua takku bayangkan hanya sinar itu.

Lama-kelamaan, engkau menjauh. Menjauh mungkin kerna aku yang salah. Mungkin juga sinar itu hak miliknya sudah ada. Aku bodoh. Dari waktu rehat itu, kita kembali dan aku tahu kau ada lagi. Sinar pancarnya engkau seakan bermain hati. Matamu berkata-kata. Menarik perhatian aku untuk membaca lirikan matamu.

Sayangnya aku sudah tidak inginkannya kerana engkau berpura memberi harapan. Biar aku bertindak kaku di hadapanmu agar aku tidak menaruh segenggam apapun rasa walaupun tersisa secebis.

Meledakkan rasa di siang hari? Cukup mengerikan kerana sinar yang aku takuti itu mampu berubah.

Pergilah.


Yours truly,
Blue x

Thursday, August 22, 2013

Mentari Untuk Laila - 22 Ogos 2013

aku ternampak kau
ya itu kau!

tunggu sekejap mentari
aku sedang berlari
datang dekat menghampiri

aku ingin menerpa-sua kau
walau aku tahu nanti galau.

nanti,
aku rasa janggal
aku tak terbiasakan seperti selalu

mentari kau diam jua
apa mampu aku teruskan bicara?

baru aku sedar benar yang nyata
sebenarnya kau beza fantasi dan nyata
kau langsung tak tertolehkan aku
seakan aku sedang kaku
sambil menguih batu

lupakan keakraban kita
sewaktu bercanda
saban malam lalu
sedang waktu kita rehat tuntut ilmu

mentari,
kita tak selari
jarak matahari-bumi
menjadikan kita lupa semua mimpi.

laila malam
kau sinar mentari

jelas sudah-- mentari tidak untuk laila.
tidak.



ditulis sebagai mengingati seseorang
aku tahu dia takkan tahu
dan aku tahu dia takkan pernah baca.